Minggu lepas pergi menziarahi tempat lama, rumah lama dan kawasan lama yang ditinggalkan oleh keluarga saya semenjak 2006. Ye, saya masih rakyat Terengganu..orang Kemaman. Terubat rindu menjengah Kemaman ku ini.
Terngiang-ngiang di telinga, nyanyian sekumpulan anak-anak perempuan sedang bermain pondok-pondok berhampiran astaka, tatkala menunggu bapa-bapa mereka selesai bermain bolasepak.
Nyanyian pertama, permainan "Wau Pepek"
"Wau, wau pepek,
Wau pepek hujung galah,
Masuk keluar masuk,
Hujung galah buka pintu,
Cak lalok..lalok..cak lalok..lalok"
Nyanyian kedua, kalau nak buat pilihan daripada banyak 'option' (ala-ala eeni meeni mini moe lah)
"Tak tak ge te,
Letak ekor naga,
Jalan kira-kira,
Tiga puluh tiga!"
huhu..saya mahu pulang ke zaman itu !!!!
Ada orang tu pecahkan genting dengan kepala dia..hik hikkk =)
Saya baru tahu akan kewujudan taman membaca di belakang perpustakaan MMU ni. Dalam perjalanan pulang ke asrama tadi, saya tiba-tiba rasa pelik; eh sejak bila pulak ada meja besi yg nipis macam aluminium ni? Tiang lampu dia pun cantik.
Saya telah mencuba sedaya upaya untuk ambil gambar dalam sudut terbaik supaya nampak macam duduk kat London saja. Tapi masih tak berjaya.
Ni adalah salah sekeping gambar yang sempat diambil tadi. Mungkin lepas ni boleh cuba mengulangkaji pelajaran di sini sambil menikmati pemandangan..errrr..belakang library yang tak senonoh tu?
Muhamad Shah Jedi merupakan anak kesayangan pasangan Ahmad Hamid dan Rugayah Hashim. Biarpun mereka mempunyai sepuluh orang anak selain Shah Jedi, atau nama manjanya Jukun (entah dari mana asal usul nya yang berbunyi seperti jakun saja). Papi dan Maminya melayan Jukun seperti orang OKU. Apa yang dia mahu semua dituruti.
Masa kecil dahulu Jukun memasang cita-cita hendak menjadi seorang Perdana Menteri. Walaupun keputusan UPSR nya lebih teruk daripada meniaga ayam goreng di pasar malam, namun dia rasa menjadi seorang PM tidak memerlukan pendidikan yang tinggi. Malah prinsipnya, "Bill Gates pun belajar setakat sekolah rendah aje tapi boleh jadi kaya".
Bila masuk sekolah menengah, Jukun tidak mahu lagi menjadi PM kerana dia kata untuk mula bosan kerana hampir semua rakan sekelasnya mempunyai cita-cita yang sama. Pelajar perempuan pula bercita-cita untuk menjadi isteri kepada PM dan sanggup bermadu.
Jukun nak jadi seseorang yang lain daripada lain. Ya ! Mahu jadi Jururawat lelaki ! Tapi, tidak aneh lagi zaman sekarang sudah berduyun duyun manusia kaum adam menjadi jururawat malah menjadi doktor pakar sakit puan lagi. Bekerja semestinya dengan jururawat cantik-cantik, selain setiap hari membawa organ palsu ovari, ovum dan sebagainya.
Tukarlah. Aku nak jadi angkasawan ! Tapi aku tak punya rupa paras hensem seperti Dr. Sheikh Muzaffar.
Jukun berlagak seperti seorang Wakil Rakyat apabila bersilang tangan ke belakang sambil jalan mundar mandir. Kepala sudah kusut agaknya.
Akibat kekusutan yang amat dahsyat sekali, entah macam mana pula dia teringin menjebakkan diri dalam kegiatan lumba haram atau mat rempit. Yang kasihannya ibu nya sempit duit. Untuk membelikannya sebuah motor pun terpaksa menjual segala barang kemas hadiah perkahwinannya dan sedikit barang pusaka daripada arwah neneknya.
Tapi Jukun ni seorang yang keliru. Dia mahu jadi mat rempit tapi dia tidak pernah berlaku ganas. Dia suka lumba haram tapi dia pakai t-shirt spongebob squarepants. Dia memang selalu dapat tempat ke 3 atau ke dua tapi bila dihadiahkan seorang wanita untuk dibawa pulang, dia menolaknya. Dia lebih rela membawa pekerja dari negara luar untuk membantu ibunya membuat kerja rumah. Ataupun membawa pulang kucing terbiar ke rumah dan membelanya sampai ke tua.
Mat rempit lain suka bunyi motor kuat-kuat. Lagi bingit lagi bangga. Tapi dia suka yang paling perlahan. Mat rempit mestilah terer membuat aksi superman di atas motor, tapi aksi Jukun yang paling ngeri setakat ini ialah membawa galah yang panjang dan seguni durian sendirian.
Yelah, kasihan. Lagak mat rempit yang keliru. Marilah bantu Jukun daripada bantu pelajar genius yang melacurkan diri. Paling tidakpun Jukun boleh tukar statusnya daripada mat rempit menjadi mat despatch.
Saya bukan nak komen apa-apa pun. Bukan niat nak 'menghebohkan' sesuatu berita yang sudah sedia heboh ni. Tapi Sufiah Yusof yang namanya pernah meniti di bibir masyarakat Malaysia dahulunya, (oleh kerana kami ini sebaya, ketika dia berumur 11 tahun kami tahun 5..dah dekat nak UPSR) semua memuji kepintarannya. Bahkan dalam kelas juga guru saya selalu memuji Sufiah dan menasihati kami supaya mengikut jejak langkahnya.
Sungguh tidak disangka, beberapa hari sebelum 31 Mac 2008, saya bersama kawan saya sedang bercakap tentang pelajar genius semasa kecil seperti dia dan Adi Putra. Selang beberapa hari saya menerima e-mel tentang kisah Sufiah. Tidak percaya mulanya.
Tak mengapalah, itu hak dia. Sudah berumur 23 tahun pun. Apa-apa yang berlaku atas kehendaknya sendiri.
Cuma saya berasa sedikit terkilan, sedih. Sufiah yang diidolakan oleh kami satu sekolah dulu sekarang dah jadi lain. Nak mengalirkan air mata membaca setiap artikel yang muncul satu persatu di depan mata.
Apa sajalah Sufiah, yang terbaik untuk anda.
Ini ialah iklan racun serangga tahun 1986 untuk komersial negara mana entah, saya fikir Perancis, ada yang kata Portugis. huhuhu.
Hero pilihan saya ialah lelaki yang membawa tin penyembur racun ni. Perhatikan cara dia datang dan cara dia menari.
Selamat menonton !
Budak FIST & FIT dah kemaruk nak ber'industrial training' atau dengan nama lainnya, praktikal. Macam-macam company dah dioffer kepada yang mereka dan mereka mereka kehendaki. Ada yang gembira, teruja dan tidak kurang juga yang sedih.
Minggu lepas saya menjejaki seorang pelajar yang berkeinginan untuk membuat latihan industri di salah sebuah pejabat urusan syarikat produk komoditi.
Bila saya tanya, apa skill yang istimewa yang dia ada sehinggakan kami, oopss, syarikat mengambilnya sebagai anak angkat. Rupa-rupanya skill dia membancuh kopi dan menyanyi aje.
Ini antara cebisan gambar hasil bakat terpendam yang pelajar tersebut ada yang mana kita semua dah lama ada.
susunan majalah yang kelihatan tak ubah seperti AJK publisiti majalah tahunan sekolah.
lagi satu susunan yang menurutnya mudah-ambil-tanpa-selerakkan-yang-lain. tapi bagi saya dia tidak layak bekerja di sini; sepatutnya lebih layak di hotel atau meja pameran atau information kiosk.
Maka, saya, opsss..salah lagi, syarikat berkenaan menolak permohonan pelajar tersebut. Kelihatannya amat kecewa dan tidak memalingkan wajahnya yang berpigmen hitam itu. Sebelum dia melangkah keluar dari pejabat, masih sempat dia mengajukan teka teki kepada saya-"Kenapa Ayah Pin tak dapat gelaran Datuk atas jasa beliau?"
Saya malas untuk ambil tahu. Dia tersengih, sambil memberitahu saya jawapannya yang kurang bijak; "Sebab masa dia naik ke langit ketujuh tu dia tersilap bawa bendera Amerika instead of bendera Malaysia."
Ketika dalam kelas, seorang guru sedang bertanyakan muridnya contoh kenakalan yang telah mereka lakukan.
Guru : Amin, apa yang paling nakal yang pernah awak buat?
Amin : Ponteng kelas mengaji untuk mandi sungai, cikgu !
Guru : Hmm..satu pengakuan ikhlas. Kamu pula Sharif?
Sharif : Sorokkan selipar-selipar jemaah kat masjid masa solat Jumaat, cikgu !
Guru : Lain kali jangan ulangi lagi ok? Ok..kamu Siti?
Siti : Saya conteng dinding bilik saya, cikgu !
Guru : Iskk..kamu ni Siti, kasihan bapa kamu nanti kena cat balik tu. Kamu pula Maria?
Maria : Curi-curi guna telefon rumah untuk 'call' pakwe cikgu.
Guru : Wah, ayah awak dapat tahu tak akhirnya?
Maria : Takkan tahu cikgu. He..he..
Guru : Kenapa pula? Bukankah bil akan sampai ke rumah?
Maria : Sebab saya bukan curi telefon rumah saya, tapi rumah cikgu !
Guru : Memang awak orang paling nakal, Maria !!!!! (marah)
Saya memang menggemari nombor 229. Kebiasaan saya akan tidur pada jam 2.29pagi, nombor giliran di bank adalah 229, nombor tempat duduk dalam peperiksaan juga 229.
Tadi saya tergerak untuk mengetahui sedikit sebanyak surah/ayat suci al-Quran yang ada kaitan dengan nombor ini.
Pertama; Surah ke-22, ayat ke-9.
Surah al-Hajj,
"Dia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan agama Allah; dia akan beroleh kehinaan di dunia dan Kami akan merasakannya azab yang membakar pada hari kiamat kelak; "
Kedua; Surah ke-29, ayat ke-2.
Surah al-Ankabut,
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? "
Ketiga; Surah ke-2, ayat ke-29.
Surah al-Baqarah,
"Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." ۞4
Demam pilihanraya bermula. Hari esok bermulalah rakyat jelata keluar mengundi. Masing-masing sangat tak sabar untuk memangkah calon yang difikirkan sesuai dan membuang undi ke dalam peti undi, namun masih ada yang tidak pernah mengundi cuba membuang undi ke dalam bakul sampah. Rosak katanya.
Di sebuah kampung yang rata-rata penduduknya berketurunan Melayu, tinggallah sepasang suami isteri yang sudah lanjut usianya; Pak Seman dan Mak Jah. Sangat bahagia dan romantis mereka, ke mana sahaja pergi pasti berdua.
Dan, yang pastinya mereka langsung tidak terlibat berkempen. Bagi Pak Seman, apa sahaja parti; baik penyokong atau pembangkang kerajaan haruslah bermuafakat dalam membina satu negara yang aman lagi utuh. Ini memang susunan ayat Pak Seman sendiri dan tidak sedikitpun ditambah ayatnya. Kata-kata mutiara Pak Seman ini sungguh membina, macam seorang ahli Parlimen pun ada.
Malam sebelum pilihanraya, kelihatan Mak Jah sibuk menggosok baju batik Pak Seman dan juga sepasang baju kurungnya. Selepas itu dia menggilap sepatu suami tersayang. Persiapan untuk hadir mengundi besok. Sungguh bersemangat, maklumlah, empat kali setahun situasi ini berlaku, bukan sahaja dalam rumah Pak Seman, tapi seluruh rakyat Malaysia. Sepertinya menyambut kemerdekaan, ataupun menyambut Aidilfitri kemeriahannya dirasai, cuma tiada dentuman mercun dan hilai tawa keriangan kanak-kanak bermain bunga api di laman. Sebaliknya hiruk pikuk mereka yang berjaga di markas parti masing-masing, berbual sampai ke pagi.
Maka, pagi itu bersiaplah suami isteri veteran ini untuk ke sekolah. Dalam pada kesibukan berdandan, sempat juga Pak Seman mengusik isterinya, "Awak ni bila dah pakai macam ni saya tengok macam nak pergi kahwin je".
Mak Jah hanya tersengih sambil mengenakan butang baju kurungnya.
Seawal jam 7.30 pagi lagi mereka tiba. Waktu itu pun dah ramai orang. Warga tua dan orang kurang upaya apatah lagi, tidak terbayang keperihan mereka menunggu giliran. Bermacam ragam, ketidakselesaan kerana berasak-asak dengan orang ramai sehingga peluh kuyup membasahi pakaian mereka. Tidak kurang yang bergaduh semasa berkempen di saat akhir, meraih sokongan.
Bila semuanya sudah selesai, undian telah ditutup, maka tiba waktu malam pabila seluruh rakyat terpaku dan tergamam di depan televisyen masing-masing untuk mengetahui keputusan pilihanraya. Ada juga yang belum mandi tapi sudah terpacak di "saf" paling hadapan di warung-warung kopi. Kopi dipesan sudah bercawan-cawan; siapa yang bayar entahlah. Yang pastinya peniaga akan kerugian sedikit sebanyak setiap kali malam pengumuman pilihanraya kerana ada yang buat-buat lupa bayar, ada juga yang sengaja tidak mahu membayar tapi buat-buat sawan terkejut sekiranya parti mereka kalah.
Sungguhpun suasana di rumah Pak Seman dan Mak Jah sunyi melainkan suara televisyen, mereka juga antara berjuta rakyat Malaysia yang menaikkan 'rating' tv pada malam itu. Mereka sanggup berjaga hingga ke pagi walaupun keputusan untuk kawasan undi di situ telah lama diumumkan. Namun mereka tidak kisah. Kemesraan tetap ada.
Beberapa hari kemudian...
Sebuah kereta mewah Lamborghini memasuki kampung tersebut. Semua mata yang berada di warung kopi terpaku ke arah kereta itu. Tidak pernah melihat. Bahkan ada yang tidak sedar tergigit jari sendiri bila karipap yang disuap ke mulut sudah habis ditelan. Semua tertanya siapakah dia dan ke manakah tempat tujuan kereta itu. Dan, akhirnya kereta itu berhenti betul-betul di hadapan rumah kepunyaan Pak Seman bertentangan warung. Semua berpaling sesama sendiri.
Keluar sesusuk tubuh lelaki dari kereta itu. Berjalan ke tangga dan memberikan salam. Pak Seman keluar rumah menyambut tetamu itu.
Lelaki itu bersalam, mencium tangan Pak Seman dan memeluk erat. "Abah, saya dah menang pilihanraya. Saya janji saya akan bela nasib keluarga kita dan juga orang-orang kampung ni"
"Tahniah nak, abah dah tahu dari awal kau menang. Kau balas jasa abah dan orang kampung ni yang membantu kau belajar tinggi-tinggi nak ye"
Airmata jantan kedua-dua beranak itu menitis. Hingga ke bahu. Pelukan diuraikan. Pak Seman tepuk bahu anaknya itu. Barulah orang kampung tahu yang anak Pak Seman menang jadi ahli Parlimen kawasan kampung itu. Dan dia akan balas jasa semua orang kampung sebab membantunya dulu dan juga memberi kepercayaan sepenuhnya mewakili suara masyarakat.
"Shhh..Jangan Cakap Politik !" - hanya cerita rekaan sahaja dan bukan berpihak kepada sesiapa dan mana-mana parti.