2 Saat.
Saya memang menggemari nombor 229. Kebiasaan saya akan tidur pada jam 2.29pagi, nombor giliran di bank adalah 229, nombor tempat duduk dalam peperiksaan juga 229.
Tadi saya tergerak untuk mengetahui sedikit sebanyak surah/ayat suci al-Quran yang ada kaitan dengan nombor ini.
Pertama; Surah ke-22, ayat ke-9.
Surah al-Hajj,
"Dia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan agama Allah; dia akan beroleh kehinaan di dunia dan Kami akan merasakannya azab yang membakar pada hari kiamat kelak; "
Kedua; Surah ke-29, ayat ke-2.
Surah al-Ankabut,
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? "
Ketiga; Surah ke-2, ayat ke-29.
Surah al-Baqarah,
"Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." ۞4