8 Cara Nak Elakkan Kanak-kanak Datang Kutip 'Angpow'.
- Gantungkan papan tanda 'Rumah Untuk Dijual' pada pintu pagar hadapan rumah anda. Harus diingatkan, kalau anda ada hutang dengan Along, jangan gantung papan tanda tu lama-lama nanti depa lak ambil kesempatan.
- Kepada yang mempunyai rupa 'Chinese Look', buat macam biasa...pakai selekeh-selekeh dan kalau boleh gantungkan tanglung merah di rumah anda.
- Kepada yang ada iras-iras 'Indian Look' pula jangan berkecil hati, gunakan kesempatan yang ada ini untuk berpura-pura menjadi bukan Melayu.
- Jangan hiaskan rumah anda cantik-cantik, sebaliknya tampal poster syaitan, buat ruang tamu itu seseram yang mungkin. Kiri dan kanan sudut letaklah tengkorak atau apa saja, kemenyan atau apa supaya budak-budak fikir anda ni bomoh atau 'black metal'.
- Siapkan diri anda dan keluarga. Bila ada saja kanak-kanak datang bagi salam, anda cepat-cepat hidupkan enjin kereta dan katakan anda sekeluarga nak keluar beraya.
- Siapkan diri juga. Tapi pakai pakaian kerja dengan telefon bimbit di telinga dan briefcase di tangan. Buat-buat sibuk. Bila mereka datang anda buat-buat bercakap dengan 'client' dan tengok-tengok jam di kanan. NOTA: Drama ini tidak sesuai dilakonkan sekiranya anda seorang Posmen atau Mat Despatch atau sewaktu dengannya.
- Pakai baju koyak rabak dan selekeh. Bila mereka datang, anda terus berlari meluru keluar dengan mengangkat kedua-dua belah tangan dan menjerit, "Polis..polis..saya tak bersalahhh !!".
- Buat-buat kena serangan jantung atau sawan sebaik sahaja mereka datang.
Sebenarnya, kehadiran kanak-kanaklah yang membuat hari raya itu meriah. Apa salahnya sekali dalam setahun kita sedekahkan duit yang ada untuk mereka dan golongan yang memerlukan. Nilai atau jumlah itu tidak penting asalkan ikhlas. Barulah pintu rezeki kita semakin terbuka luas dan apa jua yang dilakukan akan mendapat berkat daripada Allah s.w.t.