Bila Berpayungkan EMOSI dan Berlantaikan TUHAN...
Hendaklah kita beringat selalu, bahawa hidup ini tidak mungkin bisa jadi sebuah fantasi. Bukan dongengan. Yang pastinya, kita selalu mendengar pepatah yang mengatakan, "Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya" dan "There will be sunshine after rain".
Menyedari hikmah itu sesuatu yang abstrak dan tidak bisa dipercayai oleh semua individu yang lahir di dunia ini, segelintir mereka lebih mempercayai nafsu atau emosi. Terlahir daripada permasalahan yang mungkin rumit, emosi satu-satunya sahabat yang boleh dipercayai dalam masa yang kritis.
Ibu bapa disisihkan, kawan diketepikan, semata-mata untuk bersama dia yang tercinta, mengharapkan sebuah kebahagiaan yang selama ini terpatri dalam janji-janji polos. Cinta dan kesetiaan si gadis memang tiada tolok bandingnya.
Barangkali ada yang menganggap, bunuh diri atau menyeksa diri adalah jalan penyelesaian untuk masalah, selain daripada bertindak sebagai penghapus dosa-dosa. Itu semua karut.
Terkecuali untuk atheis atau free thinker, semua manusia yang beragama pastilah begitu taat kepada Tuhan mereka, tidak kira apa bangsa dan agama sekalipun. Mungkin juga kegagalan untuk mengesan kewujudan Tuhan membuatkan mereka rasa persis orang bodoh, percuma untuk berdoa memohon pertolongan. Jadi mereka percaya pada diri sendiri justeru syaitan pun melakukan tugasnya. Hasutannya menjadi mangsa begitu mengikut emosi. Daripada emosi yang kotor lahirnya pelbagai cadangan luar biasa yang tidak boleh diterima akal.
Semua orang juga mempunyai emosi. Semua orang juga pernah tunduk pada emosi, juga nafsu. Tapi kesabaran dan keimanan yang masih teguh menjadikan individu itu masih berpijak nyata dan bernafas sehingga ke hari ini. Ucapan syabas pada mereka yang tidak melakukan aksi nonsens.
Kejadian demi kejadian sebenarnya membawa kita kepada iktibar. Jauhi perkara-perkara yang tidak baik. Jangan bertindak melulu. Saya mengingatkan diri saya sendiri dan juga pembaca semua agar menyelesaikan apa jua masalah dengan fikiran yang waras, hati yang tenang dan bukan dengan asakan-asakan jiwa yang tidak tenteram.
Demi masa, sebesar apa pun masalah pastinya akan menemukan solusi yang terbaik. Itulah ganjaran pada manusia yang sentiasa bersama Tuhan mereka.
Rujuk ini sebagai pengajaran ! >>>> Berita Nexus MMU