In The Loving Memory of Nurin Jazlin.
Tak boleh tengok gambar dia, mesti je laju air mata meleleh. Adik Nurin ni terlalu comel, bila tengok senyumannya sangat menggembirakan saya. Nurin pandai bergaya; dengan rambut panjang dan separa ikal. Sayang hayatnya tak lama. Tak sempat nak tengok Nurin membesar menjadi remaja, masuk Universiti, bekerja, berkahwin dan berkeluarga.
Bila tengok akhbar Utusan dan The Star hari ini, pilu hati tengok jenazahnya; muka dah kebiru-biruan, mata bengkak, kelihatan tak ubah seperti dia sedang menahan kesakitan sampai dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Kematian Nurin saya boleh katakan sebagai mati syahid, dan tempatnya adalah Jannah. Tambahan pula adik kecil ini baru berumur 8 tahun dan belum baligh, terang-terangan dia bakal jadi bidadari di Jannah. Proses pengebumian Nurin sangat 'cun'. Kenapa saya berkata demikian? Ada sebab. Sebab-sebabnya ialah:
- Jemaah yang hadir untuk solat sunat jenazah melebihi 40 orang.
- Disempurnakan pada hari Jumaat.
Segala yang terbaik hanya daripada Allah Azza Wa Jalla. Setiap yang berlaku dan setiap kematian itu pastilah untuk iktibar bagi kita yang masih hidup. Walaupun Nurin Jazlin tak ada kena mengena dengan saya, tapi saya sangat tersentuh dengan cerita daripada dia hilang sehinggalah mayatnya dijumpai.
Nurin, rakyat Malaysia ada bersamamu. Keadilan harus ditegakkan.
Al-Fatihah.
Cerita selanjutnya mengenai Allahyarhamah Nurin Jazlin, lawati
http://nurinjazlin.blogspot.com
p/s: tadi pergi Jusco Melaka, ternampak seorang budak perempuan macam Nurin, tapi dia dalam umur 6 tahun.
Comments