Kes Mengidam.
Mariam (nama jolokan) dah dua tahun berkahwin dengan Usop_28 (nama dalam yahoo messenger). Baru-baru ini mereka dapat berita gembira, iaitu si Mariam ni mengandung. Baru 2 bulan setengah.
Memang lumrah wanita mengandung, dalam 3 bulan pertama ni dugaan kuat, banyak ragam. Seperti wanita biasa, termasuk Britney Spears, Mariam asyik mengalami 'morning sickness', alahan muntah-muntah lebih-lebih lagi apabila terhidu bau makanan bergoreng.
Selera Mariam pulak berubah setiap hari. Hari ni nak makan laksa penang, esok nak makan sate. Peninglah kepala Usop_28 kena memikirkan ke mana dia hendak cari makanan yang isteri dia nak tu. Bayangkanlah, serata KL semua kedai dia kena survey. Semua yang halal, maksud saya.
Baru-baru ni, Mariam nak makan asam pedas Melaka yang 'pure'. Maka si Usop_28 ni terpaksa lah ke Melaka. Dia guna bas Transnasional aje. Dah elok beli asam pedas yang paling sedap kat Melaka, tiket bas balik ke KL pulak dah habis. Nak naik teksi duit tambangnya tak cukup. Maka terpaksalah Usop_28 bermalam ni Melaka Sentral sampai esok pagi untuk balik ke KL balik, dengan asam pedas basi.
Alangkah kecewanya Mariam, tak dapat makan asam pedas. Tapi sesampai aje Usop_28 di rumah, Mariam dah beralih selera pulak. Dia nak makan steamboat kat Johnny's. Terpaksalah Usop_28 meminjam duit kawan rapatnya demi menjaga isteri dan anaknya, sebab duit gaji belum terima. Maklumlah, tengah-tengah bulan.
Itulah peliknya orang mengandung ni, apa yang diidamkannya tu, dia bukan nak makan banyak sangat macam kuantiti sebelum dia mengandung. Cukup setakat tiga atau empat sudu sahaja, lepas tu dah taknak. Kalau dipaksa-paksa, nanti termuntah pula sebab perut mual.
Dalam banyak-banyak hari yang Mariam mengidam, ada juga hari yang dia langsung taknak sentuh makanan. Mungkin anak mereka merajuk, ataupun jemu makan beraneka makanan.
Usop_28 lega sedikit bila Mariam tidak merengek meminta membelikan itu ini.
Dah lama pula Mariam tidak meminta-minta, tibalah suatu hari ni, masa tu kandungan dah masuk 3 bulan. Orang kata dah nak habis terimester pertama kehamilan. Lepas 3 bulan ni mengidam tu dah berkurangan.
Dah dekat nak habis musim ni la dia mengidam yang bukan-bukan. Mula-mula Mariam nak makan mi bandung bekas yang Usop_28 tak habis makan. Itu tak jadi masalah. Beri aje lah. Setel.
Lepas tu, Mariam nak makan bubur nasi dengan udang besar-besar. Biasa aje bunyinya, tapi yang luar biasa bunyinya ialah, bubur tu nak kena letak dalam mangkuk tanah liat masa dia kecik dulu. Alamak ! Jauh pulak nak ke rumah maknya si Mariam, dekat Trolak sana tu. Tu pun entah wujud ke tidak mangkuk tu. Usop_28 telefon ibu mertuanya dan bertanyakan tentang keberadaan mangkuk tanah liat yang pernah digunakan Mariam zaman kecil dulu. Ibunya membalas, mangkuk tu dah diberi pada ayam untuk jadi bekas makanan.
Orang tua-tua pesan, kalau tak ikut apa yang ibu tu mengidam, nanti masa anak keluar, air liur dia tak berhenti meleleh. Akibat kekalutan Usop_28 tadi yang nak cari alternatif lain untuk mendapatkan mangkuk itu, akhirnya dia beli saja mangkuk tu di kedai Hot Market. Dengan harga RM3.50 sahaja, dia berjaya membawa pulang mangkuk itu. Walaupun tak sama, tapi harapannya agar Mariam tidak menolak.
Baru sahaja bubur ayam dengan udang besar-besar dihidangkan dengan mangkuk baru dibeli itu, Mariam baling mangkuk itu ke dinding. "Awak tahu tak, bau mangkuk baru ni tak sama dengan mangkuk lama saya tu...Saya tak nak bau ni," jelas Mariam. "Isk, udohle, mangkuk awok tu mok dah buat bekas ayam makan..Awok ndok ke bekas ayam tu?", Usop_28 perjelaskan.
Mariam diam. Mahu tidak mahu dia terpaksa lah makan lebihan bubur yang ada di dapur. Kesian pula tengok Mariam terkulat-kulat mengintai dalam periuk kalau-kalau ada udang lagi. Lagi kesian pada si Usop_28, dia tercegat di birai dinding, melihatkan isterinya mencedok bubur. Diam seribu bahasa. Kalau ikutkan dia memang sanggup redah lautan api, sanggup terjun KLCC demi isteri yang disayanginya itu. Namun apakan daya, dia hanya seorang pemandu kren.
Kali terakhir Mariam mengidam ni lagi luar biasa dan susah nak diterima akal.
Dia nak makan makanan yang cepat tersedia tapi boleh dapat sepanjang 24 jam. Kusut Usop_28 memikirkannya. Resah betul dia. Mariam ni bermain teka teki atau apa. Kepada siapa dia harus bertanya? Pelik betul permintaannya kali ini, terakhir untuk mengidam.
Usop_28 dah menemui jalan buntu. Jadi dia terus jumpa bomoh saja. Bomoh ni tak lah hebat mana, sebab Usop_28 tak punya duit yang lumayan. Lagipun dia hanya nak tahu kedai apakah yang dimaksudkan oleh isterinya itu.
Bomoh Zain memang agak sohor dari segi mengurut orang patah sendi. Dia juga ada membela seekor jin. Apa sahaja kesulitan dia pasti minta pertolongan daripada jin peliharannya. Lalu Usop_28 menceritakan masalahnya kepada Bomoh Zain. Berkerut dahi Bomoh Zain dibuatnya. Oleh sebab Bomoh Zain takde SPM (dialog Awie dalam Zombie Kampung Pisang), maka macam biasalah, dia minta tolong daripada jinnya.
Tak sampai lima minit, jin Bomoh Zain berkata bahawa dia tahu jawapan teka teki si Mariam itu. Mata Usop_28 bercahaya, hatinya berbunga, tatkala mata Bomoh Zain juga bercahaya dengan simbol $$$, petanda bahawa dia akan dapat upahnya nanti.
"Tok nak tahu jawapannya?", tanya jin itu.
"Ye nak..cepatlah kasi tau. Apa jawapan tu", jawab Bomoh Zain, tidak sabar.
Jin itu pun terus aje menjawab dengan konfiden, "Senang je..jawapannya...Jom ke Mac maaaalam niiiiii......24jam".
///// tandus idea. harap maklum