Lagak Mat Rempit.
Muhamad Shah Jedi merupakan anak kesayangan pasangan Ahmad Hamid dan Rugayah Hashim. Biarpun mereka mempunyai sepuluh orang anak selain Shah Jedi, atau nama manjanya Jukun (entah dari mana asal usul nya yang berbunyi seperti jakun saja). Papi dan Maminya melayan Jukun seperti orang OKU. Apa yang dia mahu semua dituruti.
Masa kecil dahulu Jukun memasang cita-cita hendak menjadi seorang Perdana Menteri. Walaupun keputusan UPSR nya lebih teruk daripada meniaga ayam goreng di pasar malam, namun dia rasa menjadi seorang PM tidak memerlukan pendidikan yang tinggi. Malah prinsipnya, "Bill Gates pun belajar setakat sekolah rendah aje tapi boleh jadi kaya".
Bila masuk sekolah menengah, Jukun tidak mahu lagi menjadi PM kerana dia kata untuk mula bosan kerana hampir semua rakan sekelasnya mempunyai cita-cita yang sama. Pelajar perempuan pula bercita-cita untuk menjadi isteri kepada PM dan sanggup bermadu.
Jukun nak jadi seseorang yang lain daripada lain. Ya ! Mahu jadi Jururawat lelaki ! Tapi, tidak aneh lagi zaman sekarang sudah berduyun duyun manusia kaum adam menjadi jururawat malah menjadi doktor pakar sakit puan lagi. Bekerja semestinya dengan jururawat cantik-cantik, selain setiap hari membawa organ palsu ovari, ovum dan sebagainya.
Tukarlah. Aku nak jadi angkasawan ! Tapi aku tak punya rupa paras hensem seperti Dr. Sheikh Muzaffar.
Jukun berlagak seperti seorang Wakil Rakyat apabila bersilang tangan ke belakang sambil jalan mundar mandir. Kepala sudah kusut agaknya.
Akibat kekusutan yang amat dahsyat sekali, entah macam mana pula dia teringin menjebakkan diri dalam kegiatan lumba haram atau mat rempit. Yang kasihannya ibu nya sempit duit. Untuk membelikannya sebuah motor pun terpaksa menjual segala barang kemas hadiah perkahwinannya dan sedikit barang pusaka daripada arwah neneknya.
Tapi Jukun ni seorang yang keliru. Dia mahu jadi mat rempit tapi dia tidak pernah berlaku ganas. Dia suka lumba haram tapi dia pakai t-shirt spongebob squarepants. Dia memang selalu dapat tempat ke 3 atau ke dua tapi bila dihadiahkan seorang wanita untuk dibawa pulang, dia menolaknya. Dia lebih rela membawa pekerja dari negara luar untuk membantu ibunya membuat kerja rumah. Ataupun membawa pulang kucing terbiar ke rumah dan membelanya sampai ke tua.
Mat rempit lain suka bunyi motor kuat-kuat. Lagi bingit lagi bangga. Tapi dia suka yang paling perlahan. Mat rempit mestilah terer membuat aksi superman di atas motor, tapi aksi Jukun yang paling ngeri setakat ini ialah membawa galah yang panjang dan seguni durian sendirian.
Yelah, kasihan. Lagak mat rempit yang keliru. Marilah bantu Jukun daripada bantu pelajar genius yang melacurkan diri. Paling tidakpun Jukun boleh tukar statusnya daripada mat rempit menjadi mat despatch.