Misi: Tamar Julis - Bercakap Dengan Zirafah.
Ini ialah akibat membaca terlalu banyak bahan ilmiah berupa pendidikan alam mistik sehinggakan penulis (bukan nama sebenar) membuat kajian bercakap dengan patung zirafah kesayangan.
Apabila setengah jam cuba memujuk zirafah itu untuk membuka mulut, akhirnya gagal. Sebaliknya, penulis (juga bukan nama sebenar) cuba memasukkan patung tersebut ke dalam kotak dan seterusnya dikurierkan ke zimbabwe. Walaupun zimbabwe bukan habitat asal zirafah berkenaan, penulis percaya jikalau menghantarnya pulang ke Jalan Bangsar sudah pasti beliau akan ditangkap oleh pihak berkuasa kerana memiliki binatang yang dijaga di bawah akta perlindungan hidupan liar. Jika didapati bersalah, penulis boleh dikenakan membuat 'homestay programme' di Zoo Negara.
Tiada alasan yang kukuh yang dapat penulis (dan sekali lagi, bukan nama sebenar beliau ye sedara sedari) simpulkan di sini melainkan tolong simpul tali pengikat zirafah ini yang dibekalkan secara percuma apabila anda membeli kotak berwarna coklat keluaran Pos Malaysia. Ya, saya seorang yang (tidak berapa) menyokong produk keluaran tempatan. Bukan kerana harga, pangkat dan darjat; tetapi kerana saya sendiri tak sengaja terbeli yang import. Di kesempatan ini saya ingin menasihatkan anda supaya jangan jadi macam saya.
Ok, akhirnya, misi tidak dapat dicapai. Terima kasih zirafah. Akan ku rinduimu. Jangan lupa kirim salam pada presiden zimbabwe bila kamu tiba di sana nanti.