Nurin Dah Pergi.
Nurin Jazlin Jazimin, 8, anak comel yang dilaporkan hilang pada 20 Ogos lalu akhirnya ditemui dan disambut dengan tangisan hiba oleh keluarganya.
Kematiannya yang dianggap paling kejam pada tahun ini selain daripada kes kematian kucing saya yang mati akibat minum racun rumput tahun lepas.
Rambut pendek, kerinting, berkulit pucat, bergigi jarang selain terdapat kesan-kesan lebam pada badan mangsa menyebabkan kedua orang tua Nurin mengesahkan bahawa itu bukan anak mereka. Kematian Nurin dikatakan akibat jangkitan kuman pada alat sulit setelah rektum (dubur) pecah setelah mengalami penderaan seksual dengan memasukkan terung dan timun ke dalam kemaluannya. Difahamkan dia dibunuh dalam tempoh 24 jam sebelum mayat dijumpai di dalam beg sukan 'Diadora' baru yang berwarna biru di sebuah kedai di Petaling Jaya, Isnin lepas jam 2.00 petang. Kes ini juga dikaitkan dengan seorang wanita berbaju merah dan berseluar jeans seperti yang dilihat melalui kamera litar tertutup (CCTV) kepunyaan premis bersebelahan.
Dengan posisi kaki terlipat ke dada dalam keadaan mengiring (seperti kedudukan bayi dalam rahim), orang yang menjumpai beg itu tidak pernah menyangka bahawa kandungan beg itu adalah seorang kanak-kanak perempuan. Ketika dijumpai, terdapat timun dan terung bersama mangsa.
Keputusan DNA yang dikeluarkan pagi ini telah mengesahkan bahawa mayat itu adalah Nurin kerana kesamaan dengan DNA ibu dan bapanya. Pun begitu, pihak Polis mengeluarkan arahan supaya mengambil sampel darah daripada adik beradik mangsa untuk ujian kali kedua.
Saya bukan ingin bertindak sebagai wartawan atau penyiasat, tetapi saya ingin membuat satu analisa mengenai mayat mangsa.
- rambut pendek dan kerinting- saya rasa mungkin penculik itu telah memotong rambutnya. Rambutnya menjadi kerinting akibat tidak mandi dan bersyampu. Rambut akan menjadi kusut, apatah lagi jika tidak bersyampu dalam tempoh yang lama seperti sebulan.
- kurus dan cengkung- penculik mungkin tidak memberinya makan, oleh itu berat badan mangsa boleh susut dengan kadar yang cepat, tambahan pula jika didera bertubi-tubi menyebabkan mangsa tidak bermaya dan tidak sihat
- ada ruang antara gigi- dalam Buletin Utama semalam juga menyatakan bahawa kedudukan gigi boleh berubah akibat menahan kesakitan, kerana dia juga baru berumur 8 tahun dan gusi masih lembut
- terdapat tanda lahir pada peha mangsa
- rupa bentuk hidung, mulut, mata dan muka adalah sepadan dengan rupa mangsa sebelum diculik
- kesan lebam menyebabkan rupa mangsa sukar dicam
Adalah diingatkan bahawa, rupa seseorang itu ketika mati akan berbeza daripada semasa masih hidup. Mungkin lumrah kejadian Allah begitu, kerana sehari-harian kita bergerak ini adalah kerana adanya roh. Maka apabila roh sudah meninggalkan jasad (buat selama-lamanya), akan terjadi sedikit kelainan rupa bentuk fizikal.
Ucapan takziah kepada keluarga Nurin Jazlin. Pastinya suatu hari nanti akan terbongkar siapa dalangnya. Al-Fatihah.
Comments