Pengemiskah Dia?
Ini cerita daripada saya sendiri yang berlaku kelmarin. Saya dihantar oleh abang saya ke stesen LRT Damai untuk ke Puduraya. Waktu itu jam 8.30 pagi. Baru je saya jejak kaki dan letak beg saya di tepi, datang seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan 8 tahun. Menangis teresak-esak di hadapan saya. Pakaiannya sehelai singlet putih, seluar 'baggy' warna biru muda, berselipar, berkulit sawo matang, berambut pendek shaver level 1.
Pada ketika itu sedang menggalas beg laptop saya dan juga telefon bimbit kerana ingin menghubungi seseorang. Dia menangis dan berkata sesuatu kepada saya. Saya angkat tapak tangan tanda saya sedang sibuk membuat panggilan. Namun dia tidak berganjak dari situ.
Selesai saya menelefon, dia terus menangis bertanyakan kepada saya adakah saya ternampak sehelai kertas. Saya mengatakan bahawa saya baru sahaja sampai (dan saya rasa dia pun tahu). Sambil terus menangis lagi dengan air mata berjejeran, dia berkata yang duit ibunya di dalam kertas itu hilang (entah saya pun tak faham kertas apa yang boleh simpan duit kertas).
Tanpa segan silu, dia terus meminta saya memberikan kepadanya wang RM50 kononnya nak gantikan balik wang ibunya yang tercicir itu. Saya mengatakan bahawa saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Lalu dia buat sessi tawar menawar pula, dia mahukan RM20 daripada saya. Saya berkata bahawa saya belum keluarkan duit lagi. (Memang betul, dalam dompet saya hanya ada sepuluh ringgit sahaja). Dia terus pergi begitu sahaja tanpa mengucapkan Terima Kasih.
Lepas itu, saya duduk di lobi(?) stesen itu menunggu seseorang. Saya lihat kanak-kanak itu berlari ke sana sini untuk mencari 'mangsa'. Lepas tu saya lihat ada seorang wanita, mungkin sebaya saya sedang menelefon seseorang dan berjalan beriringan dengan kanak-kanak itu. Menuju ke kereta wanita itu. Lepas itu duduk bersebelahan di kaki lima stesen itu. Pelik juga.
Tapi saya rasa kanak-kanak itu menipu. Saya rasa mungkin ibunya menyuruh dia berlakon konon duit hilang. Ah, macam-macamlah saya berfikir yang bukan-bukan. Perilakunya yang mencurigakan saya itulah membuatkan saya berfikir yang tak munasabah. Maafkan saya, dik.
Saya pernah menerima satu emel yang menceritakan ada seorang kanak-kanak lelaki menangis teresak-esak yang kononnya sesat setelah tertinggal ketika ibunya membeli belah di sebuah pasaraya. Kanak-kanak itu mencari 'mangsa' juga, dan pernah seorang wanita cuba menolongnya. Yang anehnya, pada tangan kanak-kanak itu sudah ada sehelai kertas yang tertulis alamat rumahnya. Jadi, wanita ini dan kanak-kanak itu pergi ke rumah berkenaan dengan teksi. Sesampai sahaja di rumah, wanita itu dirogol.
Walaupun saya tidak tahu kesahihan cerita berkenaan, namun sedikit sebanyak dapat mengingatkan saya supaya jangan terpedaya dengan kes seperti ini. Cuma pesan saya, jikalau anda terserempak dengan kanak-kanak lelaki itu di stesen LRT lagi (terutamanya Damai), kalau boleh janganlah layan takut lain pula jadinya nanti. Mungkin anda boleh tolong telefon kepada RakanCop atau pihak Polis (acah-acah pada budak tu konon anda nak buat laporan polis mengenai duit ibunya yang hilang itu).
"Nak buat pahala bulan Ramadhan pun kena berpada-pada juga"
Comments
once sy dlm bas (area jln semarak), makcik ni out of nowhere mintak saye RM10. bile saye ckp takde duit kecik dia suh tuka ngan konduktor bas
byk cantik muke dia...
kalau rase was2 bace ayat ke9 yassin...(petua saye)
selamat berpuase.. =]
ooo really? icic. seems like we both having same situation laa. kita punyalah susah nak dptkan duit, dia senang2 nak mintak yea.
thanks. selamat berpuasa to u too =) and thanks for the petua. boleh la juge saya amalkan. hihi
ala tadi pon aku tgh naik motor, ade dlm kete honda tak silap aku, tangan terjulur rokok, cermin dia turunkan paras idung je..pandai..sah2 la melayu kalau tak, watpe turunkan cermin sket2 je kan.
satu lagi yg tak puas ati, sape la yg kejam bunuh nurin jazlin tuh !!
ye la..sbb dia tahu, org tgk pompuan atau dak kecik, nampak kesian...mcm kes kat damai tu la..nampak cam ololo..kesiannya adik ni.
tapi sori naik lori..saya ni patut kesiankan diri saya dulu drpd kesiankan org lain. org tatau keperitan hidup saya. huhu