Uno Cards, Cerita Hantu & Bubur Lambuk.
NOTA: cerita ini hanya difahami oleh kami yang terlibat sahaja.
Mengikut kronologi:
Bermula daripada bermain UNO cards. OK set, "Abang" Bulu (wekkk) selaku ketua pengarah merangkap pengarah keselamatan sosial mengutarakan idea ini sehari awal. "Uno jom". katanya.
Diakui oleh ahli-ahli lembaga pengarah yang lain, 4 orang kesemuanya. dan semuanya perempuan. Jam 11.00 malam perjumpaan di tempat biasa. tapi aku tunggu sampai nyamuk kenyang hisap darah aku ! kereta volvo datang. cess..
isi minyak dulu weh. baik, baik. haaa cepat dua ringgit sorang..dua ringgit sorang. wah kak zuly seperti bendahari. okok jom. (selang berapa km dari stesen minyak), laaa...gi amik kad kat rumah ***** dulu ke? ingatkan dah ade. sabo, sabo.
sebelum selesai ambil Uno cards tu, derang sempat melihat tayangan unggul seluar polka-dot di pintu. argh, aku terlepas sebab duduk tepi. lindung balik tiang.
5,4,3,2,1 berlepas !!!! pergi ke tempat sasaran.
dalam perjalanan pun dah bermacam cerita. sempat tengok kiri kanan ada fe'el yang bervariasi. ok dah sampai. alamak, tak jadi. ada bau sampah laa. boleh tahan ke?? pindah tempat lain ah depan sikit jom.
yang aritu kat depan sikit kan? haa..tu yang kat bawah lampu tu. wah, bawak karpet lagi. canggih, canggih. karipap lagi? air? masyuk woo. hah, apa lagi, bentang la (karpet).
main UNO cards, tak ingat sampai berapa pusingan. tapi nanie hebat. dia baru main tapi dah menang. tahniah ! tapi orang nampak macam semua perempuan. peramah betul orang melaka ni tegur menegur pulak. ada anjing atas motor. pastu ada pak polisi meronda. rasa karipap tu sedap. derang ni buat pakai roti paratha. patutlah.
dah dekat pukul 3. pengawal peribadi aku cakap had sampai pukul 3.00 pagi je. sebelum pergi minum, tolong la pergi tandas dulu, sejuk sangat la kat sini. singgah le stesen minyak dulu. hehehehe.
ni nak pi minum mana ni oit? pekan ke pasar borong? ikut ah. hmm ok lah pi pasar borong. gilelah dah lama aku tak pergi pasar borong. masa time alpha dulu je kot sekali. singgah minum sat. terasa lapar order roti canai kosong, uno game !! banyak kucing kat sini...tapi semua nampak macam kena dera je. tiba-tiba ada sekor yang jelita. mesti orang punya ni, kalau tak aku nak rembat. yang warna oren tompok-tompok tu cun jugak tapi "rosak" sikit sebab duduk kat pasar. aku tak memilih tapi ada kucing yang sakit kulit ni bahaya untuk kita pegang sebab nanti penyakit dia berjangkit pada kita.
dah la malam tu malam jumaat, si bulu cerita pulak pasal hantu kat hostel. satu dua cerita pun dah buat semua seram. yang paling seram yang lelaki kat hostel perempuan tu. tolong weh hantar aku balik dulu. cuak jugak. dalam rumah pun tengok satu-satu. takde apa-apa tapi still tak boleh tidur. kak zuly dengan rakan serumah dia pun sama. tidur tak tidur pun dalam kul 5.00 pagi lebih.
berani betul budak perempuan tu ikut "lelaki" tu daripada tingkat satu kat bilik sakit sampai ke tandas tingkat tiga. kat tingkat dua lelaki tu boleh pandang belakang sambil senyum. dahsyat. pengakhiran cerita tu memang seram wajib. tu susah hostel yang ada lif berselang tingkat, tandas berselang tingkat. "bilik sakit tu memang keras sikit". keras sebab dibina daripada konkrit. jangan fikir lain eh.
sehari selepas tu, kami bercadang nak buat bubur lambuk. maksudnya hari ni la. tapi pagi tadi tak terbangun pulak. sekarang cuaca selalu dingin, bermula daripada senja sehingga ke subuh, dan bermula terbit matahari. maaf kawan-kawan yang berangan-angan dapat makan hari ni. mungkin esok kita masak. sebab kena bangun pagi pergi pasar dulu beli barang.
pengakhiran cerita ni, tidur sampai pukul 11.00 pagi. bunyi di luar macam bunyi hujan lebat turun. langit pun mendung je. rupa-rupanya ada lori pasir ulang-alik menabur kerikil. mungkin ada pembinaan baru berdekatan rumah aku ni.