Bukan sindiran. Bukan rahsia lagi. Orang pantai timur (terutama orang negeri Terengganu) sekarang sudah mula fasih berbahasa Inggeris. Jangan mudah memandang rendah rakyat sebelah sana, ye? Mereka juga berkebolehan seperti kamu di sebelah pantai barat mahupun utara selatan yang gemar menjuihkan bibir apabila lagu negeri Terengganu berkumandang. Kamu itu siapa?
Barulah saya tahu, mereka biasanya sering tersasul menambah mengurangkan "G" pada pangkal sesuatu perkataan seperti "makanG", "terban(G)" dan "korbanG". Aduhai, tidak mengapa rakyatku, kamu gunakan bahasa Inggeris ya, untuk mengelakkan daripada tersasul G lagi.
Itulah alternatif terbaru ! Bagus ! Generasi Ulul Albab?
Bahasa Melayu adalah anak dara sunti suatu masa dulu. Ramai bahasa yang ingin mendekatinya, mengoratnya namun BM jual mahal. Kecantikan rupa parasnya membuatkan semua bahasa lain selalu gila bayang. Selalu tidur bermimpikan BM.
Bila BM lalu sahaja di depan bahasa asing, kesemua mata mereka terpegun. Ada yang makan ais krim sampai tak sedar tergigit jari, ada yang nak qada hajat sampai terbatal niat itu, bahkan ada yang sudah berpunya tapi mengaku masih bujang.
Agaknya siapakah gerangan pilihan hati BM itu agaknya? English? Tamil? Kantonis? Ah, mustahil...BM kata dia berselera ketimuran, yang penuh dengan adat resam. Ini kerana didikan yang kukuh daripada kedua orang tua BM. Maka lahirlah hasil yang paling cantik di dalam kelasnya yang tersendiri. BM unik. Maka itulah ramai yang tertawan dengannya, baik daripada gerak lakunya yang lemah gemalai, percakapan yang tersusun indah, hinggalah pada semangat rohaniahnya yang sangat mencintai Tuhannya.
Mana-mana bahasa yang ingin mendekati BM terpaksa berlakon untuk belajar BM, mempelajari adat resam, dan ada yang berkeluarga angkat dengan saudara-mara terdekat BM asalkan dapat melihat BM dari jarak dekat, seterusnya memiliki BM sebagai teman hidup untuk selamanya.
Tapi, BM juga tidak kuat iman rupanya. Dia telah dinodai. Bukan sahaja satu, malah berbagai bahasa. Jijik. Mula-mula dengar desas-desus BM rapat dengan English. Ya, itu sudah lama. Cerita kemudiannya, BM intim dengan Kantonis dan Hakka. Lanjutannya, BM bercinta dengan Tamil. Seterusnya dengan Arab. Seterusnya? ah, macam-macam lagi sampai tak tahu asal usul bahasa itu.
BM juga sudah mengalami kejutan budaya, bayangkanlah daripada menjadi sopan santun dan sangat suci, dia menjadi tidak ubah seperti bahasa-bahasa barat yang tidak beradat dan beradab. Perilakunya tidak lagi menjadi igauan bahasa-bahasa teruna mahupun duda lain. Namun, bila BM lalu depan mereka, mereka buat tidak peduli saja. Buat-buat tidak nampak. Ada juga yang terus lari seperti nampak hantu bila terjumpa BM. Tak kurang juga ada yang mencemuh, mencaci bila berselisihan dengan BM di tepi jalanan.
Kasihan. Hina sungguh. Dinoda dan ternoda. Bila sekali dia memulakan, memang susah untuk dihentikan. BM melalui hidupnya yang menuju kegelapan, gelap, malap dan semakin kelam. Ibubapanya juga sudah tiada.
Yang mengejutkan lagi apabila BM tidak pernah berkahwin. BM juga didapati mandul. Saya kurang pasti bahasa mana yang membuat pemeriksaan keatas kemandulan BM. Kesucian BM diragui kini.
Persoalan utama: Siapakah yang meragut kesucian BM? Tidak akan kumaafkan dia yang bertanggungjawab itu.
BM..BM...
Betullah pujangga Arab mengatakan, "Disebalik pujian, terselitnya hinaan"
BM, pulanglah ke pangkal jalan.
saya terdengar banyak suara mengatakan, eh, kenapa muka awak lain?
awak pakai spek jauh beza dengan awak pakai lens.
ye, sayalah Betty La Fea.
pilih mana satu yang anda suka.
saya pakai spek bila hari kuliah.
mata saya rabun tak nampak apa lecturer tulis kat depan.
saya pakai lens bila kelas yang tak memerlukan saya kelip-kelipkan mata untuk tengok tulisan kat depan.
saya pakai lens bila keluar berjalan-jalan.
saya pakai lens bila balik kampung.
kalau waktu malam, saya suka pakai spek.
kalau memandu, saya suka pakai spek.
NERD !
diadakan di Main Hall MMU Melaka semalam.
Gambar sedikit sebanyak:-
Tiket. (terima kasih banyak-banyak pada Kak Zuly sebab bagi "hadiah" belanja makan)
hidangan #1: sate ayam
tembikai dengan dodol. dodol dia macam 'flubber' seh, liat !
hidangan #2: nasi himpit & lemang, atau nama matsalehnya, lempang.
air sirap.
Wa dengan orang gaji Indon.
orang kuat SRM, Kak Zuly dengan Nana.
ini ialah respons Kak Zuly bila saya tanya dia, "berapa pasang baju raya tahun ni?"
hamper #1:- game teka lagu raya. (sorry my voice was out of tune, coz I've no talent in singing)
hamper #2:- baju tercantik..cantikkah? (sorry jugak, aku tak rasa aku menang)
Nama saya Rina. Saya anak tunggal daripada sebuah keluarga yang bercerai. Ayah saya seorang guru. Ibu saya pula seorang kerani bank. Dulu keluarga kami bahagia, tapi saya hairan kenapa ibu memilih untuk tinggal berdua dengan saya je. Masa itu saya berumur 13 tahun. Ibu cakap ayah dah bosan hidup dengan ibu.
Waktu dirasakan sangat cepat. Dua tahun lepas tu ibu kahwin dengan seorang lelaki. Entahlah, bagi saya dia tetap tidak boleh menggantikan tempat ayah suatu masa dahulu. Ayah tiri saya lebih muda daripada ibu. Tapi itu tidak menjadi kayu ukur untuk memulakan hidup baru, asalkan ibu bahagia.
Saya letih tengok ibu buat itu dan ini sendirian. Di wajah ibu sikitpun tidak kelihatan noda-noda kekesalan. Jauh lagi untuk mendengar rungutannya. Ya, itulah ibu terbaik yang pernah saya ada di dunia ini.
Satu sahaja kelemahan saya, saya tidak suka mempunyai adik lain. Apatah lagi dengan ayah tiri yang semacam aje tu. Tapi Tuhan telah takdirkan bahawa saya akan punyai adik baru tak lama lagi. Saya sudah tidak boleh duduk diam kerana saya khuatir bila ibu ada adik baru, takut saya diabaikan, takut ibu bercerai lagi, dan macam-macam lagi perkara negatif.
Dipendekkan cerita, ibu telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Luqman namanya. Dan, daripada saat itulah bermulanya kisah 'baru' dalam hidup saya.
Semenjak ibu melahirkan Aman (nama manja Luqman), saya tidak langsung mengambil tahu hal ibu. Ibu sakit ke, ibu nak makan apa ke, ibu tak makan ke, itu tak menjadi masalah saya. Biarlah suami barunya itu uruskan segalanya. Nak mengadu pada ayah, ayah dari dulu lagi langsung tak dengar khabar berita. Bahkan satu sen nafkahpun saya tidak pernah terima selama dia menceraikan ibu.
Tindak tanduk saya juga meresahkan ibu. Tapi saya tidak pedulikan dia. Saya sudah remaja, tahulah saya menjaga diri. Saya juga telah menjadi liar, bebas bergaul, keluar rumah pagi dan pulang pada waktu pagi subuh-subuh hening. Apa saya buat pun saya tak kisah, janji saya merasa puas.
Dan, saya juga telah mengenali apa itu ganja; makanan rutin manusia yang bergelar sampah masyarakat--dibuang sayang, dibela makan diri. Duit saya pun senang mengalir macam air, walaupun saya tahu anak gadis sebaya saya mungkin dah gunakan wang sejumlah ini untuk membeli pakaian dan aksesori keperempuanan, yang selaras dengan kehendak fesyen dunia moden ini. Saya tidak kenal ThreePointSix, Momoe, Forever 21, dan macam-macam lagi lah jenama fesyen yang meniti di bibir remaja masakini.
Suatu hari ibu cuba menegur perangai saya. Saya mengerti, dia ingin membaikkkan keadaan dalam konflik keluarga kami ini. Tapi, saya membantah cakapnya. Belum habis ayat diaturnya dengan penuh berhati-hati, saya sudah menempelaknya. Kata-kata saya sungguh kesat, sehingga buat ibu mengalirkan air mata untuk pertama kalinya disebabkan saya. Entahlah, itu yang saya nampak air matanya gugur di depanku. Mungkin di belakang ibu menangis sendirian. Ah, lantaklah ! Resam orang tua, semuanya tak boleh, itu takleh, ini takleh. Banyak sangat pantang larangnya.
Saya terus keluar berfoya-foya dengan teman. Malam ini malam minggu, masanya untuk ke kelab; menghabiskan sisa malam yang ada setelah tertekan dengan teguran ibu. Malam itu alkohol dan dadah menemani saya lenyap dalam keseronokan malam tanpa memikirkan apa-apa. Cuba mengosongkan fikiran.
Diringkaskan cerita lagi, saya nak pulang ke rumah. Waktu itu jam 4 pagi. Telefon bimbit saya berdering. Panggilan dari rumah. Saya abaikan saja. Mesti ibu yang telefon. Mesti mahu berleter lagi. Tapi panggilannya berkali-kali sehingga saya rasa membingitkan telinga. Lalu saya menjawabnya.
Itu ayah tiri saya di talian, menyuruh saya segera pulang ke rumah kerana ibu sesak nafas. Sesak nafas biasa aje tu. Saya melengah-lengahkan waktu. Singgah ke beberapa tempat termasuk rumah kawan dahulu. Ambil masa untuk enjoy.
Tepat jam 7 pagi baru nak pulang betul-betul. Sesampainya di pintu pagar, saya lihat ramai orang, semuanya berpakaian seperti mahu ke masjid. Apakah yang terjadi pada ibu???
Keluar saja daripada kereta, makcik sebelah rumah datang memelukku dengan deraian air mata. Rina, ibu kamu dah takde. Ha? takde? biar benar, takkan la sesak nafas je boleh menyebabkan maut? Saya terjatuh lalu pengsan.
...................
Saya membuka mata perlahan-lahan. Di manakah saya sekarang? Saya lihat diri saya terbaring di katil. Ibu ada di sebelah, senyum. Eh, tadi rasanya makcik sebelah cakap ibu meninggal dunia. Abistu ni siapa? Eh? Apa semua ni?
Ibu senyum saja, "Lama betul Rina pengsan."
Ya, saya tahu saya pengsan. Tapi, apa yang menyebabkan saya pengsan?
"Rina pengsan lepas ibu bersalin. Ibu dapat anak lelaki la Rina. Harap Rina okey."
Rupa-rupanya saya hanya bermimpi sahaja yang selebihnya. Saya masih belum menjadi liar dan ganas rupanya ! Fuh, Lega !
"Rina okey ibu..Boleh Rina tengok adik Rina yang comel tu?" tanya saya dan dibalas dengan anggukan ibu.
Ibu dah berikan saya seorang adik, walaupun pada awalnya saya tidak suka.
Selamat Hari Raya kepada semua pembaca. Terima Kasih kerana menyokong saya selama terlibat dalam dunia blogging ni. Jangan lupa untuk terus membaca di sini kerana selepas ini pastinya lebih banyak sumber mengarut akan ditulis. Hehe..
Akhir sekali, Maaf Zahir dan Batin sekiranya ada salah dan silap, ada yang terasa ke dalam mana-mana entri saya ni. Jumpa lagi selepas raya ;)
Jangan risau, saya balik 10hb. huwaaaaa =((
Image: Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, Terengganu. (courtesy of Digitaldome.org)
Inset: My Imagelah, who else?, courtesy of Mr. Ehssan.
- makcik jual makanan kat pasar Ramadhan dalam kampus ni mempunyai masakan yang sama dengan mak saya. Terutama lauk kari ayam dan kuetiau goreng.
- pulang berhari raya ke Kemaman semula, lihat papan tanda besar kat sempadan negeri yang ditulis lebih kurang seperti ini; "KERAJAAN NEGERI TERENGGANU MENGUCAPKAN SELAMAT PULANG ANAK-ANAK PERANTAU"
- mengira kat kalendar bilakah waktunya untuk sekeluarga pulang ke kampung rumah atuk.
- gelagat membuka hamper sambil diperhatikan oleh Ma.
- membeli belah raya di Kuantan. diperuntukkan sehari untuk beli semuanya.
- mendengar lagu raya ketika membuat biskut raya di dapur.
- pulang ke kampung di waktu malam..best !
- berbuka puasa buffet kat Kuantan, berbuka kat Pattani Restoran (Kuantan) dan kat Restoran Sajian Bistari (Kemaman).
- rindu kat CENTRE POINT KEMAMAN (tempat beli tudung bawal) dan Pasaraya Pantai Selamat (tempat beli kad raya yang tak larat nak pilih).
- rindu kat BERJAYA MEGAMALL KUANTAN tempat shopping raya terakhir dengan Ma.
- jiran-jiran kat rumah lama.
- bunyi mercun kat tepi musolla masa solat terawih dulu.
- moreh kat surau dengan Ma.
Rindu bangat. =(
- cahaya pelita menerangi jalan-jalan..dan juga panjut (buluh yang ditebuk lubang banyak-banyak, pastu taruk sumbu).
- bunyi mercun sana sini. dan kilauan bunga api berwarna warni di halaman rumah.
- bau asap bunga api naik sampai ke dapur.
- atuk membakar lemang kat bawah rumah.
- lampu 'lip-lap' bergantungan di anjung rumah.
- lepas solat tarawih, anak-anak berebut membuka hamper raya.
- nenek kat dapur buat ketupat daun palas.
- bergambar keluarga.
- malam raya tengok cerita-cerita 'best' kat tv.
- malam raya tidur sampai lewat malam--gosok baju, dll.
- jaga lauk kat dapur, takut kucing curi.
- susun kuih raya dalam bekas, sambil-sambil tu cilok sebiji dua.
- gantung kad raya kat ruang tamu. gembira dapat banyak kad raya.
- kat corong-corong radio ada lagu raya klasik dengan takbir raya.
- masa kecik-kecik dulu, pergi jalan malam seluruh kawasan guna lampu suluh, tanglung atau lilin dalam tempurung. bila nak patah balik, semua berlari taknak jadi orang paling belakang.
- Gantungkan papan tanda 'Rumah Untuk Dijual' pada pintu pagar hadapan rumah anda. Harus diingatkan, kalau anda ada hutang dengan Along, jangan gantung papan tanda tu lama-lama nanti depa lak ambil kesempatan.
- Kepada yang mempunyai rupa 'Chinese Look', buat macam biasa...pakai selekeh-selekeh dan kalau boleh gantungkan tanglung merah di rumah anda.
- Kepada yang ada iras-iras 'Indian Look' pula jangan berkecil hati, gunakan kesempatan yang ada ini untuk berpura-pura menjadi bukan Melayu.
- Jangan hiaskan rumah anda cantik-cantik, sebaliknya tampal poster syaitan, buat ruang tamu itu seseram yang mungkin. Kiri dan kanan sudut letaklah tengkorak atau apa saja, kemenyan atau apa supaya budak-budak fikir anda ni bomoh atau 'black metal'.
- Siapkan diri anda dan keluarga. Bila ada saja kanak-kanak datang bagi salam, anda cepat-cepat hidupkan enjin kereta dan katakan anda sekeluarga nak keluar beraya.
- Siapkan diri juga. Tapi pakai pakaian kerja dengan telefon bimbit di telinga dan briefcase di tangan. Buat-buat sibuk. Bila mereka datang anda buat-buat bercakap dengan 'client' dan tengok-tengok jam di kanan. NOTA: Drama ini tidak sesuai dilakonkan sekiranya anda seorang Posmen atau Mat Despatch atau sewaktu dengannya.
- Pakai baju koyak rabak dan selekeh. Bila mereka datang, anda terus berlari meluru keluar dengan mengangkat kedua-dua belah tangan dan menjerit, "Polis..polis..saya tak bersalahhh !!".
- Buat-buat kena serangan jantung atau sawan sebaik sahaja mereka datang.
Sebenarnya, kehadiran kanak-kanaklah yang membuat hari raya itu meriah. Apa salahnya sekali dalam setahun kita sedekahkan duit yang ada untuk mereka dan golongan yang memerlukan. Nilai atau jumlah itu tidak penting asalkan ikhlas. Barulah pintu rezeki kita semakin terbuka luas dan apa jua yang dilakukan akan mendapat berkat daripada Allah s.w.t.
Maaf semua. Bukan niat nak memakruhkan atau membatalkan puasa kalian. Saya cuma nak letak video 'comeback' Britney Spears. Lagu bertajuk 'Gimme More' ini dipersembahkan ketika Video Music Awards 2007. Err...tapi ada yang tak kena, ada sesiapa boleh jawab?
Pssttt...ini salah seorang penyanyi favorit saya !