Tokkey Kelate Hile di Dunio. (Takkan Kelantan Hilang di Dunia)
Lucu ngotti weh. (Lucu sungguh-sungguh weh)
Resepsi Wan Noorashidah - ?? Ogos 2007
Resepsi Maizatul Ikmal - 10 Ogos 2007
Geng Kemaman. Selamanya Kemaman. OO Yeah.
Tahniah sahabatku !
Irwanlah dan Noraini Zubir merupakan rakan baik sejak di bangku sekolah lagi. Mereka sangat akrab sehingga ibu bapa mereka juga bercadang untuk mengikat tali pertunangan mereka sejak kecil lagi. Ayah Irwanlah dan ayah Noraini Zubir memang kawan baik sejak di kolej lagi. Mereka pernah ditendang kolej bersama-sama dan sejak itu mereka rapat.
Masa lapang Irwanlah dan Noraini Zubir dihabiskan di sebuah pondok. Pondok itu terletak berdekatan dengan air terjun. Nyaman rasanya. Ditambah dengan rimbunan pokok buluh di tebing-tebing sungai.
Di pondok itulah mereka menyimpan pelbagai harapan dan janji. Irwanlah -lah yang salah. Dia menabur janji-janji buaya pada Noraini Zubir seperti ingin mengahwininya, membesarkan anak-anak mereka, dan hidup bahagia selamanya. Semua janji itu membuatkan Noraini Zubir menaruh harapan dan selalu berangan-angan. Pada Noraini Zubir, Irwanlah -lah cinta pertamanya dan pastinya dia tidak akan jatuh cinta pada lelaki lain.
Kehenseman Irwanlah memang menjadi rebutan rakan-rakan mereka di sekolah. Tetapi tidak pada Noraini Zubir kerana dia hanyalah perempuan biasa. Cuma yang luar biasa ialah kurap-kurap yang jelas kelihatan di tangan kiri dan kanan Noraini Zubir itu, jelas sangat kelihatan membuatkan semua orang geli untuk mendekatinya. Tetapi bagaimana Irwanlah boleh jatuh cinta? Semua orang hairan. Entah. Jawapannya tanyalah Irwanlah sendiri.
Bila ditanya Irwanlah, kenapa dia memilih Noraini Zubir yang berkurap itu? Jawapan Irwanlah hanya satu; "Aku memang pencinta wanitaaa...dan aku bukan buayaaaa...yang setia pada seribu gadiiis...ku hanya mencintai diaaaa"
setiap kali Irwanlah mengungkapkan lirik ciptaannya sendiri itu, hati Noraini Zubir berbunga-bunga. Kembang kempis hidungnya. Bahagianya dirasa hanya tuhan yang tahu.
Dua tiga bulan selepas itu, sedang mereka masih hangat bercinta, sekolah mereka gempar dengan kedatangan pelajar baru. Namanya Acha Sepiterasa. Anak seorang doktor. Comel orangnya, manja dan ada sedikit gedik. Ciri-ciri itu membuatkan ramai pelajar lelaki jatuh cinta dan geram terhadap Acha Sepiterasa.
Acha Sepiterasa baru sahaja berpindah ke kawasan itu. Sebelum ini dia dan keluarganya menetap di London. Sebelum menetap di London mereka tinggal di Kota Bharu, Kelantan kerana orang tua Acha Sepiterasa berasal dari Pasir Mas, Kelantan.
Maka hari demi hari nama Acha Sepiterasa disebut-sebut di seluruh sekolah termasuk guru-guru lelaki, peniaga kantin dan staf sokongan sekolah.
Seperti gelombang Tsunami dan Tsumawi, Acha Sepiterasa juga begitu. Apabila dia melalui je kawasan bilik darjah, walaupun untuk ke tandas, pastinya seluruh kelas atau bangunan akan men-swit, mengerang, meleleh air liur dan lebih teruk; mengaum.
Keteguhan perasaan cinta Irwanlah pada Noraini Zubir juga tergugat. Ini kerana pertama kalinya Irwanlah merasa jatuh hati yang ekstrem. Dia terus membanding Noraini Zubir yang berkurap itu dengan Acha Sepiterasa yang kiut, comel dan mempunyai kulit putih gebu dan halus mulus. Ternyata keindahan itu menjadi pilihan. Manusia memang suka memandang pada keindahan. Kasihan Noraini Zubir. Dia belum tahu lagi yang Irwanlah sedang mengorat Acha Sepiterasa.
Sudah menjadi kebiasaan Irwanlah dan Noraini Zubir untuk menghabiskan waktu bersama di pondok di tepi air terjun itu selepas habis waktu sekolah. Di situ mereka membuat kerja sekolah bersama, mengulangkaji pelajaran bersama dan bermain Uno Cards bersama. Memang menyeronokkan.
Tapi, hari itu Noraini Zubir hairan. Dia tunggu Irwanlah dekat pondok menunggu bas selepas habis waktu sekolah. Biasanya dia balik bersama dengan bas sekolah. Tapi puas dia menunggu kelibat Irwanlah tidak muncul juga. Dia mengambil keputusan untuk balik dulu dan mungkin dia tunggu saja di pondok kerana pasti Irwanlah menyusul kemudian.
Sesampainya di perkarangan air terjun itu, dia perlu melalui satu jambatan gantung yang dibuat daripada kayu yang diikat dengan tali. Pondok itu terletak di seberang sana. Bunyi deruman air terjun itu sudah menggembirakan dia. Dia terus berlari anak melalui jamabatan gantung itu. Tetapi larian kecil itu berhenti dengan automatik. Dia seperti ternampak kelibat yang dia kenal di tepi dekat batuan sungai.
Dia jeling ke kiri. Hah ! Memang benar, itu Irwanlah. Tapi Noraini Zubir tidak gembira kerana Irwanlah ada bersama Acha Sepiterasa di atas batuan di tepi jambatan gantung itu. Sedang bercumbu !
Hati Noraini Zubir terus pecah macam pinggan kaca. Dia meneruskan lariannya ke pondok tapi kali ini larian itu lebih pantas. Irwanlah perasan Noraini Zubir telah melihat aksi mereka tadi. Air mata Noraini Zubir mengalir laju tidak boleh dibendung lagi. Dia rasa mahu terjun ke dalam sungai tapi nanti dia tak sempat tengok rekod kemajuan peperiksaan penggal pula. Menyesal. Maklumlah, Noraini Zubir adalah budak terpandai di dalam tingkatannya.
Irwanlah berlari mengejar Noraini Zubir. Tapi belum sempat lari jauh, Noraini Zubir dah terpeleot kerana tersadung kaki pada akar pokok. Dia tidak dapat mengimbangkan dirinya lalu jatuh bergolek-golek ke dalam sungai. Irwanlah kaget. Dia terus terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Noraini Zubir. Acha Sepiterasa pula hanya melihat dan menjadi tukang telefon ambulans sahaja.
Noraini Zubir dimasukkan ke hospital. Dia tidak mengalami kecederaan yang teruk cuma luka-luka kecil sahaja. Dia sudah merelakan Irwanlah bercinta dengan Acha Sepiterasa sebab dia rasa dia boleh dapat lelaki yang lebih padan dengan dia pada masa akan datang. Tapi air mata Noraini Zubir memang selalu mengalir keluar macam air terjun dekat pondok tempat janji dan harapan mereka terpateri. Semenjak itu pondok itu sudah tidak dikunjungi lagi baik Irwanlah atau Noraini Zubir. Mereka berebut untuk meletakkan nama pemilik pondok itu. Asyik jerit "My hut..my hut !!" saja. Akhirnya 'my hut' tu jadi milik kerajaan untuk dijadikan tempat rehat pengunjung air terjun.
Cikgu Haniza (memang nama sebenar) merupakan seorang guru yang lemah lembut. Beliau mengajar bahasa Inggeris untuk murid tahun empat hingga lima. (Sumpah tak tipu). Jadi murid-murid dan ibu bapa lebih senang memanggil beliau Teacher Haniza.
Satu hari Teacher Haniza diarahkan oleh Guru Besar untuk menghadiri konferens dengan guru-guru sedaerah. Setiap sekolah diwakili oleh seorang guru. Jauhnya tempat konferens itu dari sekolah dan rumah Teacher Haniza kira-kira 40 kilometer. Tanpa ditemani suami mahupun anaknya, beliau memandu sendirian. Jalannya agak sunyi, tidak banyak kereta yang melalui jalan itu. Kawasan perumahan dekat situ pun tak banyak sebab dipenuhi oleh pokok getah dan perkuburan cina. Oleh kerana Teacher Haniza memandu pada siang hari maka beliau tidak merasa takut.
Apabila sampainya di tempat yang dijanjikan dan semua yang hadir sudah memenuhi dewan, maka persidangan pun bermula. Rupa-rupanya pihak Pusat Kegiatan Guru (PKG) ingin mengadakan Majlis Tilawah al-Quran untuk pelajar sempena bulan Ramadhan nanti.
Setelah selesai sesi persidangan itu, Teacher Haniza meluangkan beberapa minit untuk bertemu dengan guru-guru sekolah lain. Antara perkara yang dibincangkan semasa pertemuan mereka adalah beg kulit Alfio Raldo, set pinggan mangkuk promosi raya, set alat solek Avon dan kain sutera China. Harga boleh dirunding, ada ansuran mudah dan stok tersedia.
Teacher Haniza berangkat pulang hampir malam juga. Yang pastinya beliau akan sampai ke rumah bila hari sudah gelap. Beliau agak takut apabila melintasi kawasan perkuburan cina. Sudah banyak cerita yang sampai ke telinganya. Paling seram adalah ada lembaga putih bergolek dari kubur itu hingga ke tengah jalanraya. Siapa yang melanggarnya, hantu itu akan muncul di tepi cermin sebelah pemandu. Mukanya tak payah nak cakap, memang menakutkan.
Tiba-tiba Teacher Haniza ditahan oleh seorang perempuan di tepi jalan belah kiri. Berhampiran kubur cina itu. Merasa takut tapi serba salah, beliau memberhentikan kereta. Menurunkan cermin kereta. "Kak, boleh tumpang tak?", tanya perempuan itu. Teacher Haniza menjawab, "Nak tumpang ke mana?". "Kat Kampung Merkoh, depan tu je", balasnya. "Ok, naiklah", pelawa Teacher Haniza. Yang anehnya perempuan tadi bukan duduk di sebelah Teacher Haniza, tapi dia duduk di belakang. Hati beliau menduga, "Eh, dia buat aku macam drebar dia pulak". Tapi beliau biarkan sahaja perempuan itu duduk di belakang.
Yang menjadi pelik dan semakin pelik, perempuan itu tidak bercakap sepatah pun. Teacher Haniza juga diam. Takut untuk bersuara. Tiba-tiba bau busuk singgah di hidung Teacher Haniza. Seluruh keretanya bau busuk ! "Ya Allah, bau apa ni?", jeritnya di dalam hati. Jantungnya berdebar laju. Tak lama selepas itu, ketika bau busuk itu baru nak lenyap, terbau pula sesuatu yang wangi. Wangi gila. Tergoda sekejap Teacher Haniza dengan aroma itu.
Tapi beliau masih takut. Perempuan itu sikitpun tidak merungut akan bau-bau tadi. Teacher Haniza takut untuk melihat perempuan itu pada cermin belakang. Dia terus memandu dan berharap agar cepat sampai ke destinasi yang perempuan itu mahu tujui. Perjalanan kali ini dirasakan aneh. Terasa seperti lama. Hairan.
"Kak..kak...stop..berhenti kat sini je lah.", pinta perempuan itu, bersuara di celah-celah kesunyian kerana Teacher Haniza lupa pasang radio. Tiada satu rumah pun di kawasan itu. Kampung Merkoh masih jauh di depan. Kenapa perempuan itu nak turun di sini pula? Teacher Haniza berteka-teki. Beliau memberhentikan keretanya dan perempuan itu turun. Teacher Haniza pejam mata, tidak mahu lihat perempuan itu pergi ke mana. Tapi perempuan itu ketuk-ketuk cermin belah kiri. Beliau terpaksa membuka mata dan menurunkan cermin itu. Sedikit saja.
"Kak..saya mintak maaf banyak ye kak. Tadi saya terkentut dalam kereta akak. Bau busuk sangat jadi saya spray dengan perfume saya. Saya malu dengan kak jadi saya turun kat sini jelah. Hari ni perut saya meragamlah. Terima kasih banyak ye kak tumpangkan saya".
"Habis tu tempat awak nak pergi tu depan lagi. Macam mana tu?", tanya Teacher Haniza. Perempuan itu menjawab, "Takpelah saya tumpang orang lain saja."
Tu dia. Teka-teki Teacher Haniza sudah terjawab. Patutlah dia diam. Patutlah ada bau busuk, lepas tu wangi. Habis busuk kereta laki aku !
Teacher Haniza meneruskan perjalanan ke rumah. Keesokan hari, beliau menceritakan kepada murid-muridnya dan masa itu saya darjah lima. Hehe.
gambar di atas diambil daripada en. lisut.
Radhi OAG, seorang selebriti Malaysia, satu-satunya selebriti yang boleh dikatakan menyukai perkara pelik. Seluar yang dipakai itu kelihatan seperti kain pelikat. Radhi bukan manusia pemalu untuk mendedahkan norma-norma hidup beliau di khalayak. Ini kerana beliau juga hidup seperti orang lain, berkain pelikat, bersongkok dan semua itu tidak perlu diketepikan. Melayu dan adat masih seiringan. Radhi ikon remaja malaysia. Tahniah Radhi OAG ! saya suka kamu. anak kamu comel. =D
NOTA: cerita ini hanya difahami oleh kami yang terlibat sahaja.
Mengikut kronologi:
Bermula daripada bermain UNO cards. OK set, "Abang" Bulu (wekkk) selaku ketua pengarah merangkap pengarah keselamatan sosial mengutarakan idea ini sehari awal. "Uno jom". katanya.
Diakui oleh ahli-ahli lembaga pengarah yang lain, 4 orang kesemuanya. dan semuanya perempuan. Jam 11.00 malam perjumpaan di tempat biasa. tapi aku tunggu sampai nyamuk kenyang hisap darah aku ! kereta volvo datang. cess..
isi minyak dulu weh. baik, baik. haaa cepat dua ringgit sorang..dua ringgit sorang. wah kak zuly seperti bendahari. okok jom. (selang berapa km dari stesen minyak), laaa...gi amik kad kat rumah ***** dulu ke? ingatkan dah ade. sabo, sabo.
sebelum selesai ambil Uno cards tu, derang sempat melihat tayangan unggul seluar polka-dot di pintu. argh, aku terlepas sebab duduk tepi. lindung balik tiang.
5,4,3,2,1 berlepas !!!! pergi ke tempat sasaran.
dalam perjalanan pun dah bermacam cerita. sempat tengok kiri kanan ada fe'el yang bervariasi. ok dah sampai. alamak, tak jadi. ada bau sampah laa. boleh tahan ke?? pindah tempat lain ah depan sikit jom.
yang aritu kat depan sikit kan? haa..tu yang kat bawah lampu tu. wah, bawak karpet lagi. canggih, canggih. karipap lagi? air? masyuk woo. hah, apa lagi, bentang la (karpet).
main UNO cards, tak ingat sampai berapa pusingan. tapi nanie hebat. dia baru main tapi dah menang. tahniah ! tapi orang nampak macam semua perempuan. peramah betul orang melaka ni tegur menegur pulak. ada anjing atas motor. pastu ada pak polisi meronda. rasa karipap tu sedap. derang ni buat pakai roti paratha. patutlah.
dah dekat pukul 3. pengawal peribadi aku cakap had sampai pukul 3.00 pagi je. sebelum pergi minum, tolong la pergi tandas dulu, sejuk sangat la kat sini. singgah le stesen minyak dulu. hehehehe.
ni nak pi minum mana ni oit? pekan ke pasar borong? ikut ah. hmm ok lah pi pasar borong. gilelah dah lama aku tak pergi pasar borong. masa time alpha dulu je kot sekali. singgah minum sat. terasa lapar order roti canai kosong, uno game !! banyak kucing kat sini...tapi semua nampak macam kena dera je. tiba-tiba ada sekor yang jelita. mesti orang punya ni, kalau tak aku nak rembat. yang warna oren tompok-tompok tu cun jugak tapi "rosak" sikit sebab duduk kat pasar. aku tak memilih tapi ada kucing yang sakit kulit ni bahaya untuk kita pegang sebab nanti penyakit dia berjangkit pada kita.
dah la malam tu malam jumaat, si bulu cerita pulak pasal hantu kat hostel. satu dua cerita pun dah buat semua seram. yang paling seram yang lelaki kat hostel perempuan tu. tolong weh hantar aku balik dulu. cuak jugak. dalam rumah pun tengok satu-satu. takde apa-apa tapi still tak boleh tidur. kak zuly dengan rakan serumah dia pun sama. tidur tak tidur pun dalam kul 5.00 pagi lebih.
berani betul budak perempuan tu ikut "lelaki" tu daripada tingkat satu kat bilik sakit sampai ke tandas tingkat tiga. kat tingkat dua lelaki tu boleh pandang belakang sambil senyum. dahsyat. pengakhiran cerita tu memang seram wajib. tu susah hostel yang ada lif berselang tingkat, tandas berselang tingkat. "bilik sakit tu memang keras sikit". keras sebab dibina daripada konkrit. jangan fikir lain eh.
sehari selepas tu, kami bercadang nak buat bubur lambuk. maksudnya hari ni la. tapi pagi tadi tak terbangun pulak. sekarang cuaca selalu dingin, bermula daripada senja sehingga ke subuh, dan bermula terbit matahari. maaf kawan-kawan yang berangan-angan dapat makan hari ni. mungkin esok kita masak. sebab kena bangun pagi pergi pasar dulu beli barang.
pengakhiran cerita ni, tidur sampai pukul 11.00 pagi. bunyi di luar macam bunyi hujan lebat turun. langit pun mendung je. rupa-rupanya ada lori pasir ulang-alik menabur kerikil. mungkin ada pembinaan baru berdekatan rumah aku ni.
yikq91829 : berjalan
yeje723545484: eh adik main sorang-sorang ni tak takut ke?
hfyr06y96- : tapi dia jahat
hryr6589576 : sapa jahat?
hy4r90568 : zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
budak kecik pun tahu beza jahat baik. sigh.
A red rose cheeks
A drop of tear to weep
Reminds me of you.
A long side a sigh
A long side of cry
A soft summer rain, a smile that hides a pain
Why should you be ashamed
Cause in every life.
A little rain must fall
And you are my friend
Charmingly sentimental brain
There’s truth behind a cry
And there’s a cry behind a lie
On every words that come out strong
Just let them go and lets get along
On every grudge and every fight
I miss u all day and night
Have you had your time off today
To bring a cup of tea and smile away
Sometimes I wonder
Will I ever see you
Without all your game plan
When all you have is
Nothing but a pure bliss
I will wait that day
When you can find your way
Out of this maze of love
And you can laugh
To see cries and lies
Coz u know better than me
Only the truth will set you free
There’s a truth behind a cry
And there’s a cry behind a lie
On every thought that come out wrong
Just learn from it and please stay strong
On every grudge and every fight
I miss u all day and night
It’s not easy to understand
But you must hold on your stand
I know u know, u know I know
There’s a truth behind a cry
And there’s a cry behind a lie
On every thought that come out wrong
Just learn from it and please stay strong
There’s a truth behind a cry
And there’s a cry behind a lie
There’s a hope on every fright
There’s a light on every night
///// ini percobaan band Letto untuk lagu Inggerisnya. Letto pantas menjadi musisi ternama di nusantara.
Posh and Becks have moved to Los Angeles: [is this good?]
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
not good. They never knew Malaysia's LA. Hulu LA in Besut Terengganu, the place where you're out of reach (I mean the mobile network). The best thing in Hulu LA is they have a natural hotspring, LA Hotspring in the middle of palm oil plantation. so Becks, bring Posh there to recover your marriage problem, please.
nice haircut, V. hope I can have mine too.