Dua orang lelaki gemuk sedang berjalan seiringan. Saya panggil dia lelaki doraemon kerana kegemukannya yang boleh mencapai 3*perpuluhan*79 meter radius. Kalau guna pita ukur saya mesti kena sambung dua atau tiga pita lagi.
Mereka masing-masing mempunyai kekasih. Jangan hairan dulu. Kekasih mereka ini terdiri daripada orang korporat dan anak orang ternama. Sayang sekali, kenapa mereka buta jiwa ye? Oh tidak, kerana mereka sangat mendambakan lelaki gemuk, buat bodyguard bila keluar membeli belah.
Dua orang lelaki gemuk suka bawa gambar kekasih imaginasi mereka bersama ke mana sahaja. Lelaki gemuk A bertanya kepada lelaki gemuk B, "weh, tenung awek ke? apa laa sangat ada pada dia tu yang kau rindu?"
Lelaki gemuk B menjawab, "rambutnya yang ikal mayang."
Lelaki gemuk A mengeluh, "kau buta. kau tak cuba tengok dengan teliti setiap helaian rambutnya?"
"Kenapa?", tanya lelaki gemuk B.
Jawab lelaki gemuk A, "rambutnya berkutu."
Lelaki B seraya membalas, "kalau begitu, apa pula yang ada pada dia yang kau rindu?"
Menjawab pertanyaan lelaki gemuk B dengan nada santun, "tahi lalat kat hidungnya."
"Ohhhh..kalau begitu kamu buta juga, itu bukan tahi lalat kau tahu. Itu sisa jerawatnya yang telah menjadi parut tapi tak hilang terus jadi pigmen hitam".
Semua diam dan terus menyimpan gambar kekasih mereka lalu berjalan pulang macam takde apa-apa.
Ramai kata cinta itu indah. Cinta indah sebab tiada ubat sehebat cinta, hati girang selalu. Cinta itu buta. Sebab cinta kadang-kadang tak kenal hati budi, tak kenal rupa paras, kasta atau warna kulit. Juga tidak kenal pangkat dan nama.
Tapi kadang-kadang cinta itu menyakitkan. Cuba tanya doktor, bolehkan cinta yang sakit ini diubati? cinta sakit boleh bertukar jadi cinta sakti tak?
Cinta perlu ambil ubat tak? Perlu beratur di kaunter dan perlu bayar duit perkhidmatan? Kalau ya, berapa dos sekali makan dan berapa kali sehari? Selepas makan atau sebelum makan atau bila perlu?
Jiwa luhur bisa gugup bila ada sebutan "MAAF".
Itukah ubatnya cinta sakit? Wah, mudahnya ! Tak macam buat pinjaman kereta !
Lelaki pandang perempuan, perempuan pandang lelaki. Ah, lelaki....biasanya suka pandang perempuan cantik, berdahi licin dan tonggeknya lebih. Ya kan?
Aku rasa hampir nak mencarut bila lelaki seperti ini ada di depan mata aku. Mahu aku sepak terajang alat sulitnya !
Selamat Datang ke KRV (KemamanRepublicVox).
2008 membuatkan saya rasa blog saya ini tertumpu kepada catatan mengarut sahaja. Lebih senang juga membahasakan KRV. hehe.
Prinsip saya untuk menulis di blog bermuka baru tetapi berhati sama ini adalah memberikan sepenuhnya bahan jenaka yang sihat yakni tidak mengandungi unsur perli, politik, isu semasa atau artis, atau apa sahaja yang tidak bagus untuk pembaca.
Saya begitu menjaga kualiti penulisan saya, boleh dikatakan 100% ianya asli daripada idea saya. Mungkin proses garapan tidak begitu efektif sehinggakan pembaca keliru. Tidak mengapa. Saya akan cuba tingkatkan lagi daya penulisan kreatif. Macam mesin basuh automatik yang tidak cukup air.
Ok, kalau sempat saya kemaskinikan lagi. Sehingga berjumpa lagi ya !
Ikhlas,
baru saya tahu kenapa judul lagu Enrique Iglesias - Do You Know (Ping Pong Song) ada nama ping pong song?
- rupa-rupanya lagu dia tu sendiri yang ada bunyi bola ping pong kena pukul dengan bat. hishhhhhhhhh
Sekejap saja dah masuk Januari balik. Selamat menyambut tahun baru kepada semua pembaca. Saya dah lama tidak mengemaskini jurnal saya ini berikutan banyak hal yang perlu dibereskan. Peperiksaan akhir semester akan bermula 2hb ini dan berakhir 4hb. Doakan semoga saya berjaya.
Tahun ini, pernahkah kita terfikir, di mana tahun baru disambut?
- di kelab, meraikan parti tahun baru
- di rumah sahabat handai
- di tempat-tempat yang menyambut tahun baru secara besar-besaran seperti KLCC
- menyaksikan keindahan percikan bunga api bersama si dia
- di hospital dengan bayi tahun baru, diraikan
bagaimana pula dengan yang bernasib malang di luar sana?
- negara Pakistan misalnya, yang huru hara
- mereka yang menyambutnya di jalan raya dengan darah berlumuran, kemalangan
- mereka di dalam penjara
- mereka di rumah kebajikan terutama anak yatim yang kehilangan orang tua disayangi
- pengemis di kali lima
- tak kurang juga yang berada di tanah perkuburan sekarang, menyaksikan pemergian seseorang
kalau anda bertanya kepada saya, di manakah anda menyambut tahun baru 2008 tadi?
maka, saya akan menjawab, di bilik basuh, sedang membasuh pakaian tadi =D
HARGAILAH DAN SYUKURILAH PEMBERIAN TUHAN HARI INI KERANA ESOK MUNGKIN ANDA AKAN KEHILANGANNYA.
Selamat Datang 2008.
masih pink =D tapi handphone tu bukan tiru sesiapa ok..jangan terperasan lebih-lebih. itu hadiah seseorang untuk saya.