Ahmad Wujud merupakan seorang penyanyi dan pengibur tanah air yang sangat terkenal. Bertepatan dengan namanya itu, ke'wujud'dan Ahmad Wujud memanglah sangat dirasai, anak-anak gadis bawah umur dan atas umur juga menggilai penyanyi ini kerana kekacakan dan kepandaian beliau dalam memberi komen yang sangat telus tapi benar belaka.
Ahmad Wujud bukanlah dari keturunan penghibur atau anak seni. Bakatnya datang sendiri. Dan hanya disedari sendiri selepas mereka beliau dan datuknya pergi ke hutan dan menjumpai sebuah gua. Hanya berniat untuk meniru aksi di dalam cerita P. Ramlee, Ahwad Wujud menyanyi bait-bait lagu 'Batu Belah Batu Bertangkup'.
"Batu belaaaaaaah, batu bertangkuuuuup,
Telanlah aku, makanlah aku,
Aku kempunan telur tembakuuuull"
Dengan tidak semena-mena pintu gua itu seakan mengerti lagu itu, terus membuka pintu dan menelan datuknya. Di situlah datuknya menjadi arwah.
Semenjak itu beliau mula belajar motivasi. Motivasi bagaimana untuk tidak membabitkan orang lain dalam masalah sendiri kerana kalau tidak beliau menyanyi dulu, sudah pasti datuknya masih bernafas sampai sekarang dan mungkin boleh beristeri dua, tiga atau empat.
Ahwad Wujud bangun sendiri. Namanya mula menjulang naik setelah album pertamanya dihasilkan. Begitulah seterusnya sehinggakan pernah dalam masa setahun itu dia berjaya menghasilkan 3 album penuh, 1 single dan seorang anak. Ye, beliau baru berkahwin dengan gadis pilihannya masa itu.
Dan, menjelang era dunia moden sekarang ini, beliau sudah menjadi artis senior. Kejayaannya membuka akademi suara sendiri, studio sendiri, rumah sendiri, dan juga membuka tin sardin tanpa bantuan pembuka tin lagi. (Kerana tin sardin sekarang sudah mempunyai picu pembuka sendiri..nak buka, tarik saja). Ya Rabbi aku belum habis mengarang sudah letak noktah. Kejayaan beliau dalam bidang-bidang tertentu itu membuatkan beliau diundang ke suatu ujibakat rancangan tv realiti.
Ramai yang hadir. Ada yang nak masuk ujibakat, ada yang saja datang nak lihat Ahmad Wujud secara 'live'. Ada juga yang datang kerana bekas kekasih masuk ujibakat, dia saja nak tunjuk kekasih barunya yang lebih berduit.
Rata-rata yang datang itu, tidak ada bakat. Hanya perasaan dalaman membuak merasakan diri mereka mampu. Ini kerana mereka membaca buku motivasi yang bertajuk "Dare to Fail". Telinga Ahmad Wujud sudah sangat tepu mendengar suara-suara laungan panggilan hujan ini.
Bermulalah kritikan beliau; "awak tak cukup ketinggian untuk menjadi seorang artis",
"awak sangat gemuk, cuba makan herbalife dulu untuk sementara waktu ni'",
"awak yakin ke mekap awak bukan jenama murah?",
"eh tinggi sangat kasut awak tu, saya takut nanti tertukar dengan kren yang buat bangunan tu",
"dulu PMR awak ambil berapa matapelajaran? awak pernah jawab guna pensel 2B jenis apa ye?",
"maaf ye, jersi MU awak pakai ni ori ke?",
"ni awak masuk ujibakat ni suami awak tahu ke?",
"suara awak memang sedap, tapi takde kelas".
"kami tak akan bertanggungjawab kalau awak dibuang jadi guru agama nanti",
"kombinasi lagu awak ni tak sesuai, padanlah baju dengan seluar awak pun tak sesuai",
"rambut awak kurang berminyak, saya tak boleh ambil awak maaf".
Bayangkanlah, dalam 327 orang yang datang ujibakat, hanya 2 orang sahaja yang Ahmad Wujud rasakan layak. Seorang lelaki, seorang perempuan. Ini menyebabkan ketidakpuashatian semua yang disingkirkan. Mereka cuba menyerang Ahmad Wujud sebaik sahaja beliau keluar dari bilik ujibakat. Tapi, mereka tewas semuanya. Kenapa?
"Pintu belaaaah, pintu bertangkuuuuup,
Tangkuplah aku, makanlah aku,
Aku tak hingin dimakan pukul"
Semua yang menyerang tu ditelan dek pintu bilik ujibakat tu. Ahmad Wujud bersiul keluar macam tak ada apa-apa.
Ini pula cerita tentang rambut. Banyak orang hari ini begitu teliti dengan rambut masing-masing. Tidak dinafikan iklan syampu di media massa juga sering mempromosikan produk untuk rambut yang lebih cantik. Model-model iklan yang digunakan juga terpaksa didandan sepelik mungkin demi menyerlahkan kehitaman, kelembutan dan refleksi cahaya ke atas rambut mereka. Teknik komputer juga digunakan untuk mengaburi mata konsumer.
Shasha merupakan seorang ibu yang sangat pandai bergaya, seksi, dan rambutnya yang lurus dengan kemasan pendek ala-ala penyanyi barat Rihanna. Ya, ramai betul orang tiru fesyen Rihanna itu. Mungkin sebab tak basah kena hujan kot. Suami beliau memang takkan cari lain sebab Shasha dah cukup sempurna di matanya. Mereka mempunyai seorang anak perempuan yang sangat hyperaktif; Najwa.
Suatu hari sedang Shasha memasak di dapur, Najwa yang berusia 4 tahun ini dibiarkan duduk di meja makan dengan televisyen terpasang untuknya menonton rancangan TV kegemarannya iaitu Malaysia Hari Ini. Seperti biasa, iklan-iklan mestilah ada sebagai selingan. Iklan mula-mula sekali terpacul di depan kaca TV ialah iklan produk syampu. Tiba-tiba Najwa bertanyakan sesuatu kepada ibunya, "Mama, kenapa rambut orang tu berkilat?"
Menjawab pertanyaan Najwa dengan ikhlas, "Sebab dia guna syampu tu lah..Najwa pun pakai syampu jugak kan..nanti rambut Najwa pun jadi macam dia lah"
"Oooo.."
"Tapi, kenapa rambut dia tinggi (dia nak menyatakan panjang tak tahu). rambut dia bukan merah macam mama"
Shasha senyum sambil duduk di sebelah anaknya,"sayang, mama tak suka rambut tinggi-tinggi, panas lah nanti macam hantu..eee Najwa tak takut ke? mama buat merah sebab tak nak jadi macam hantu la"
Najwa angguk sahaja. Dan turun dari kerusi, berjalan keluar dari dapur meninggalkan mamanya sendirian.
Beberapa minit kemudian, dia datang balik. Dengan bertudung satin berkilat berwarna hitam.
"Mamaaaaaa...boleh tak Najwa pakai ni? cantik kan macam orang kat TV tu..rambut dia tinggi, hitam dan berkilat. Mama lagi cantik la kalau pakai ni"
Merasa itu adalah sindiran tak sengaja oleh anaknya, Shasha buat-buat tak dengar sahaja sambil mengelap peti ais.
Ini ialah akibat membaca terlalu banyak bahan ilmiah berupa pendidikan alam mistik sehinggakan penulis (bukan nama sebenar) membuat kajian bercakap dengan patung zirafah kesayangan.
Apabila setengah jam cuba memujuk zirafah itu untuk membuka mulut, akhirnya gagal. Sebaliknya, penulis (juga bukan nama sebenar) cuba memasukkan patung tersebut ke dalam kotak dan seterusnya dikurierkan ke zimbabwe. Walaupun zimbabwe bukan habitat asal zirafah berkenaan, penulis percaya jikalau menghantarnya pulang ke Jalan Bangsar sudah pasti beliau akan ditangkap oleh pihak berkuasa kerana memiliki binatang yang dijaga di bawah akta perlindungan hidupan liar. Jika didapati bersalah, penulis boleh dikenakan membuat 'homestay programme' di Zoo Negara.
Tiada alasan yang kukuh yang dapat penulis (dan sekali lagi, bukan nama sebenar beliau ye sedara sedari) simpulkan di sini melainkan tolong simpul tali pengikat zirafah ini yang dibekalkan secara percuma apabila anda membeli kotak berwarna coklat keluaran Pos Malaysia. Ya, saya seorang yang (tidak berapa) menyokong produk keluaran tempatan. Bukan kerana harga, pangkat dan darjat; tetapi kerana saya sendiri tak sengaja terbeli yang import. Di kesempatan ini saya ingin menasihatkan anda supaya jangan jadi macam saya.
Ok, akhirnya, misi tidak dapat dicapai. Terima kasih zirafah. Akan ku rinduimu. Jangan lupa kirim salam pada presiden zimbabwe bila kamu tiba di sana nanti.
Ini pula cerita di asrama saya. Suatu ketika sedang kami menyertai program "pecah ais" atau "ice-breaking" dalam bahasa inggerisnya, saya diceritakan oleh seorang penghuni asrama yang baru saya kenal kurang lima minit lalu.
Dia mengatakan bahawa ada banyak cerita hantu di asrama ini. Tingkat 5 paling "keras". Tingkat 17 pernah ada kes di bilik basuh. Ketika itu kawan kepada kawannya melalui bilik basuh itu. Masa itu jam melebihi 12 malam. Dia terdengar orang memberus kain. Dengan beraninya dia mengintai sedikit. Kelihatan sesusuk tubuh manusia sedang memberus kain. Berambut panjang, berbaju putih. Tapi, dia kurang perhati sangat ada kaki atau tidak. Dia terus melarikan diri sebelum "hantu" tu nampak dia.
Dengan selamba saya berkata,"Eh, ye ke? Awak pasti ke itu hantu?"
Kawan baru saya itu mengangguk dengan penuh yakin.
Saya terus menjawab,"Kalau awak nak tahu, saya dulu pernah banyak kali basuh kain lebih pukul 12 malam. Masa tu saya baru lagi duduk di asrama ni. Memang saya ada baju tidur warna putih, ada 2 helai. Masa tu pulak rambut saya memang panjang."
Kawan baru saya pun berkata,"Haa..entah-entah kawan saya tu nampak awak kot."
Baru saya tahu bahawa saya telah menakutkan kawan kepada kawan baru saya di bilik basuh. Dan baru saya tahu cerita hantu di bilik basuh ini sudah meluas satu asrama. Padahal orang itu adalah saya. Diri saya sendiri.
Tapi selepas itu saya tidak lagi membasuh lewat jam 12 malam. Saya pulak yang takut kalau-kalau saya jumpa orang lain di sana.
Maria seorang anak yang lahir dalam sebuah keluarga yang kaya. Ayahnya selalu mengikut kehendaknya, apa jua yang dipinta pasti dibelikan.
Bayangkanlah, belum belajar peringkat universiti lagi, Maria sudah pakai barangan berjenama yang pastinya mahal. Pakaian "bawah" juga mahal. Bibiknya hampir-hampir dihantar pulang ke Indonesia kerana membuat percubaan mencuri pakaian dalam milik Maria dan ibunya. Tapi memandangkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan, bibik itu bebas dengan diikat menjadi pekerja tetap di rumahnya. Selepas kejadian itu juga bibik itu dipotong gajinya sebulan RM200. Bukan kerana denda, tetapi kerana dia pun teringin sama mahu pakai yang mahal-mahal.
Bila meningkat ke 17 tahun, Maria masuk kelas memandu. Belum sempat menduduki ujian memandu, ayahnya sudah membelikannya sebuah kereta Lotus Elise. Pasti anda semua juga cemburu pada Maria bukan? Jangan begitu. Enjoy lah cerita ini.
Kehidupan Maria sekeluarga memanglah sangat senang. Malah lebih senang dari Siti Nurhaliza. Belum sempat Siti Nurhaliza beli beg Louis Vuitton, si Maria terdahulu memilikinya. Bezanya Maria tidak pernah masuk tv bila membeli dan memakai LV, sebaliknya Siti pula yang dapat nama. Maria tak kisah...
Semakin dia membesar, semakin melawa lah si Maria. Pakaiannya, solekannya, dan buah hatinya. Kini Maria sudah cemerlang SPM. Tapi tidaklah secemerlang Nur Amalina. Dia cuma dapat 2A dan kepujian semua matapelajaran sahaja. Tapi tidak mengapa, ayahnya mahu menghantarnya menyambung pelajaran peringkat ijazah di UK. Betapa gembiranya Maria bukan kepalang lagi apabila mengetahui yang dia akan tinggal di UK.
Bab duit, perbelanjaan, tidak perlu dirisaukan. Yang penting Maria dapat belajar. Tetapi malang, dia tidak berbakat dalam belajar tinggi-tinggi. Dia kena tendang. Tapi dia malu untuk memberitahu keluarganya.
Sudah 2 tahun berlalu dan Maria duduk goyang kaki dan shopping saja di UK nun. Dan dia pun lupa nak balik Malaysia nak menziarahi keluarganya. Yang dia tahu ialah menghabiskan duit ayahnya sahaja.
Akhirnya dia bercadang untuk pulang menjenguk ayah dan ibunya. Dengan niat yang lain, dia ingin memberitahu hal sebenarnya yang dia sudah lama tidak belajar akibat tidak lulus peperiksaan lalu dibuang universiti.
Sesampainya di Malaysia, keluarganya menyambut mesra. Macam tiada apa-apa yang berlaku. Sudah menjadi kebiasaannya dulu kalau dia pulang dari melancong ke luar negara, dan bila disambut di lapangan terbang, mereka mesti ke restoran mewah untuk makan-makan dan berkongsi cerita.
Dan, kali ini Maria ingin buat macam itu juga. Tetapi, pelik jadinya. Jika dulu ayahnya membawa kereta Jaguar atau Lamborghini. Tetapi hari ini? dia mencari-cari kereta ayahnya. Ayahnya diam saja sambil mengheret bagasi ke sebuah kereta. Kereta Proton Saga lama.
"Aik..ayah, ni kereta sapa ni?" tanya Maria.
Ibunya geleng kepala saja. Ayahnya angguk, "Ya, inilah kereta ayah sekarang. Kenapa, Maria tak suka ye?"
Maria mencebik bibir. Faham sangat perangainya itu, bukannya suka naik kereta-kereta biasa ni. "Naiklah Maria. Ini saja yang ayah ada".
"Maria tak fahamlah ayah. Biasa ayah bawak kereta class-class. Maria ingat hari ni dapat naik Ferrari ke. Kan ayah cakap nak beli."
Ayahnya diam. Terus membawa ke sebuah warung di tepi jalan.
"Warung?? What type of ****** here?!" pekik Maria pada kedua orang tuanya.
Ibunya yang dari tadi diam tiba-tiba berkata,"Maria. Kamu patut bersyukur nak. Selama 2 tahun kami dah bohong Maria. Selepas kami hantar kamu pergi UK, kami jatuh muflis. Saham-saham ayah semuanya rugi. Hutang syarikat bertimbun-timbun, ada yang boleh bayar ada yang tak boleh bayar. Kereta-kereta mewah, termasuk kereta kamu, rumah semua kami jual. Bibik pun kami jual pada orang lain. Tapi harga bibik tak mahal sangat masih tak mampu langsaikan hutang-hutang yang ada."
"Kereta ni, kau patut bersyukur sebab atuk kamu yang pinjamkan kereta ni pada kita. Ibu dan ayah dah malu pada orang kampung. Kita dah tak mampu nak makan kat tempat mahal-mahal lagi nak". Tiba-tiba air mata ibunya mengalir deras. Sampai tertanggal bedak sejuk yang dipakainya.
Maria pantas bertanya,"Habis tu kenapa tak cakap? Selama ni duit yang ayah hantar kat Maria tu, duit ayah jugak ke? Kenapa ayah masih mampu tanggung Maria lagi?"
Ayahnya mengeluh. Kemudian baru menjawab,"Itu bukan duit ayah, Maria."
"Habis tu duit sapa?"
Ayahnya senyum tawar, sambil memandang Maria,"Itu duit Muthusamy. Nasib baik dia sanggup tolong kamu Maria."
"Ohh...nasib baik lah dia ada kan ayah." Maria tarik nafas lega. "Ha, ayah, ibu. Ni Maria nak bagitau ni, tapi Maria mohon jangan marah atas apa yang Maria nak cakapkan ni".
Ayahnya mengangguk. Begitu juga ibunya.
"Mm..Maria..Maria dah kene terminate dari universiti tu sebenarnya. Dah lama dah. lepas sem 3 hari tu, Maria tak dapat bawak. Maria kena quit. Maaf ayah, ibu, Maria bohong selama ni. Ni Maria balik ni sebab nak bagitau tu la."
Maria menunduk. Kesal barangkali.
Ayah dan ibunya saling berpandangan. Mereka berbalas senyuman. Dan kemudian bertukar dengan sedikit tawa.
Maria bingung. Pelik. "Apa yang kelakar??"
"Ohh..kalau macam tu, kami tak marah la Maria. Senanglah nanti kira jalan lah perjanjian tu ye bang?" tanya ibunya.
"Perjanjian apa pulak ni ibu?" tanya Maria, tidak faham-faham dari tadi.
Ayahnya pula menjawab,"Gini Maria, semasa kami mintak tolong dengan Muthusamy pasal nak tanggung Maria kat UK dulu kan, Muthusamy mintak kami tandatangan perjanjian."
"Apa perjanjian tu?" tanya Maria, sambil menelan liur.
"Perjanjian si Muthusamy tu buat, bila Maria dah habis belajar, dia memang kena dinikahi dengan Muthusamy sebagai membalas jasa dia tu. Lagipun dia sorang je yang sanggup tanggung Maria. Ayah dengan ibu setuju saja, tak peningkan kepala kami nak carikan jodoh untuk Maria lagi." sambil senyum ayahnya menjelaskan.
"Maria..Maria..??" Aik, pengsan dah?
Maria pengsan di situ juga. Terkejut sebab tidak menyangka akan kahwin dengan si Muthusamy yang dah separuh abad itu. Dan dia juga tidak menyangka akan berkahwin dengan orang bukan melayu. Tapi, tidak mengapa, Muthusamy kaya, dia mempunyai kilang muruku di Seremban. Jadi, hidup Maria tidak akan susah lagi seperti ayah dan ibunya.
Hai, anak duit. Mata duitan.