Ada orang tu pecahkan genting dengan kepala dia..hik hikkk =)
Saya baru tahu akan kewujudan taman membaca di belakang perpustakaan MMU ni. Dalam perjalanan pulang ke asrama tadi, saya tiba-tiba rasa pelik; eh sejak bila pulak ada meja besi yg nipis macam aluminium ni? Tiang lampu dia pun cantik.
Saya telah mencuba sedaya upaya untuk ambil gambar dalam sudut terbaik supaya nampak macam duduk kat London saja. Tapi masih tak berjaya.
Ni adalah salah sekeping gambar yang sempat diambil tadi. Mungkin lepas ni boleh cuba mengulangkaji pelajaran di sini sambil menikmati pemandangan..errrr..belakang library yang tak senonoh tu?
Muhamad Shah Jedi merupakan anak kesayangan pasangan Ahmad Hamid dan Rugayah Hashim. Biarpun mereka mempunyai sepuluh orang anak selain Shah Jedi, atau nama manjanya Jukun (entah dari mana asal usul nya yang berbunyi seperti jakun saja). Papi dan Maminya melayan Jukun seperti orang OKU. Apa yang dia mahu semua dituruti.
Masa kecil dahulu Jukun memasang cita-cita hendak menjadi seorang Perdana Menteri. Walaupun keputusan UPSR nya lebih teruk daripada meniaga ayam goreng di pasar malam, namun dia rasa menjadi seorang PM tidak memerlukan pendidikan yang tinggi. Malah prinsipnya, "Bill Gates pun belajar setakat sekolah rendah aje tapi boleh jadi kaya".
Bila masuk sekolah menengah, Jukun tidak mahu lagi menjadi PM kerana dia kata untuk mula bosan kerana hampir semua rakan sekelasnya mempunyai cita-cita yang sama. Pelajar perempuan pula bercita-cita untuk menjadi isteri kepada PM dan sanggup bermadu.
Jukun nak jadi seseorang yang lain daripada lain. Ya ! Mahu jadi Jururawat lelaki ! Tapi, tidak aneh lagi zaman sekarang sudah berduyun duyun manusia kaum adam menjadi jururawat malah menjadi doktor pakar sakit puan lagi. Bekerja semestinya dengan jururawat cantik-cantik, selain setiap hari membawa organ palsu ovari, ovum dan sebagainya.
Tukarlah. Aku nak jadi angkasawan ! Tapi aku tak punya rupa paras hensem seperti Dr. Sheikh Muzaffar.
Jukun berlagak seperti seorang Wakil Rakyat apabila bersilang tangan ke belakang sambil jalan mundar mandir. Kepala sudah kusut agaknya.
Akibat kekusutan yang amat dahsyat sekali, entah macam mana pula dia teringin menjebakkan diri dalam kegiatan lumba haram atau mat rempit. Yang kasihannya ibu nya sempit duit. Untuk membelikannya sebuah motor pun terpaksa menjual segala barang kemas hadiah perkahwinannya dan sedikit barang pusaka daripada arwah neneknya.
Tapi Jukun ni seorang yang keliru. Dia mahu jadi mat rempit tapi dia tidak pernah berlaku ganas. Dia suka lumba haram tapi dia pakai t-shirt spongebob squarepants. Dia memang selalu dapat tempat ke 3 atau ke dua tapi bila dihadiahkan seorang wanita untuk dibawa pulang, dia menolaknya. Dia lebih rela membawa pekerja dari negara luar untuk membantu ibunya membuat kerja rumah. Ataupun membawa pulang kucing terbiar ke rumah dan membelanya sampai ke tua.
Mat rempit lain suka bunyi motor kuat-kuat. Lagi bingit lagi bangga. Tapi dia suka yang paling perlahan. Mat rempit mestilah terer membuat aksi superman di atas motor, tapi aksi Jukun yang paling ngeri setakat ini ialah membawa galah yang panjang dan seguni durian sendirian.
Yelah, kasihan. Lagak mat rempit yang keliru. Marilah bantu Jukun daripada bantu pelajar genius yang melacurkan diri. Paling tidakpun Jukun boleh tukar statusnya daripada mat rempit menjadi mat despatch.
Saya bukan nak komen apa-apa pun. Bukan niat nak 'menghebohkan' sesuatu berita yang sudah sedia heboh ni. Tapi Sufiah Yusof yang namanya pernah meniti di bibir masyarakat Malaysia dahulunya, (oleh kerana kami ini sebaya, ketika dia berumur 11 tahun kami tahun 5..dah dekat nak UPSR) semua memuji kepintarannya. Bahkan dalam kelas juga guru saya selalu memuji Sufiah dan menasihati kami supaya mengikut jejak langkahnya.
Sungguh tidak disangka, beberapa hari sebelum 31 Mac 2008, saya bersama kawan saya sedang bercakap tentang pelajar genius semasa kecil seperti dia dan Adi Putra. Selang beberapa hari saya menerima e-mel tentang kisah Sufiah. Tidak percaya mulanya.
Tak mengapalah, itu hak dia. Sudah berumur 23 tahun pun. Apa-apa yang berlaku atas kehendaknya sendiri.
Cuma saya berasa sedikit terkilan, sedih. Sufiah yang diidolakan oleh kami satu sekolah dulu sekarang dah jadi lain. Nak mengalirkan air mata membaca setiap artikel yang muncul satu persatu di depan mata.
Apa sajalah Sufiah, yang terbaik untuk anda.