Posts
Sesiapa yang mempunyai adik atau saudara mara terdekat mahupun tak dekat yang berusia antara 18 hingga 35 tahun, yang bercita-cita untuk menyambung pelajaran (Diploma sahaja) di Kolej Nilai (dan kolej ini adalah kolej di bawah kelolaan Universiti Teknologi Malaysia) silalah menghubungi saya atau Cik Faizah di talian (akan diberitahu secara peribadi). Nikmati yuran pendaftaran serendah RM 1000 hingga RM 2000 apabila menyertai kami.
Segala terma, maklumat, borang dan maklumat kursus boleh didapati secara percuma.
Percuma bila datang sendiri la. Hanya bakal pelajar serius sahaja dilayan. Diulang, SERIUS !
Terima Kasih.
Tersebut kisah hari itu, hari hari yang biasa memandu ke tempat kerja. Terngiang-ngiang lagu Mulan Jameela yang berjudul 'Makhluk Tuhan Paling Seksi'. Saya rasa lagu itu bangang. Lebih bangang bila orang Islam menyanyikannya.
Jangan pernah tertipu, Mulan Jameela sewaktu bergabung dengan Maia sebagai anggota Ratu namanya adalah Mulan Kwok. Kalau tak silap saya dia bukan orang Islam. Menggunakan 'Jameela' di pangkal nama kononnya menjadi Muslim dan maksud Jameela itu sendiri bermaksud 'cantik'. (Atau mungkin saya tidak mengikuti perkembangan beliau sekiranya kini beliau telah memeluk Islam..tapi saya rasa macam mustahil)
Ah, sudah dong, jangan tertipu. Bait-bait lagunya langsung tidak mencerminkan aspek keIslaman. Mengapa perlu bangga diri menjadi makhluk ciptaan tuhan yang paling seksi? Tidakkah semua tahu bahawa Allah melarang wanita-wanita Muslim daripada berlaku seksi di khalayak umum. Bukankah semuanya dididik, disuruh menutup aurat?
Jangan jadi bangang tanpa niat, tolonglah bagi amaran kepada kawan-kawan Muslim yang lain. Hentikan menyanyi dan meminati lagu seperti ini. Jika kita menyanyi sama saja seperti kita yang berbangga menjadi orang terseksi.
Sepertinya berbangga memiliki aset yang menarik tertarik debom bom
Sambungan lagi, semalam, selepas waktu kerja, kira-kira jam 7.40 malam kami bertemu face to face di tempat letak kereta LRT Setiawangsa. Pada mulanya, saya meminta dia memberitahu lokasi, kereta dan nombor plet kereta yang dinaiki. Tapi dia menolak dan bertanya perkara yang sama kepada saya. Oleh kerana saya orang yang tidak bersalah, tambahan pula saya orang yang jujur ini, saya memberitahu saja di mana saya berada.
Kelihatan seorang lelaki berjalan tegap ala-ala polis dengan hayunan tangan kiri dan kanan yang besar menggerbang seperti kipas blower berpusing. Konon samseng la tu !
Saya keluar daripada kereta, memberi salam dan senyum. Dia terus meluru ke belakang kereta dan melihat bumper. Saya menunjukkan tempat-tempat yang kemek dan terjatuh. Dan memberikan salinan resit bengkel kepadanya.
Melihatkan saya yang malas nak buat baik, (dan mungkin sudah merasa malu akibat kata-kata saya dan kata-kata abang saya semalam), sepanjang dia bercakap matanya memandang ke bawah dan jarang sekali dia memandang kepada saya atau kereta.
Selepas dia menghulurkan not RM 50 sebanyak dua keping, saya meminta maaf kepadanya kerana perlakuan saya. Dengan bermuka baik dia mengangguk dan berkata, "Tiada masalah, perkara kecil saja".
Saya terus masuk ke dalam kereta. Kan saya sudah cakap, saya akan diam selepas duit berada di tapak tangan saya. Saya pun sudah tidak menghubungi mereka lagi dan tidak pun ingin mengekorinya kerana ingin tahu yang mana satu kereta yang dibawa.
Duit itu saya gunakan untuk membeli kad Touch 'n' Go kerana sekarang hari-hari pergi kerja sudah melalui AKLEH. Dahulu melalui jalan Keramat AU saja.
Sekian. Tamat~
Maaf semua pembaca, entri saya dalam minggu ini banyak ke arah personal, walhal blog saya ini sudah ditukarkan menjadi blog untuk cerita mengarut.
Ini kisah saya dan perempuan yang melanggar kereta saya itu. Adalah diingatkan bahawa anda jangan meniru gaya saya di rumah, di pejabat, di rumah awam kos rendah mahupun di mana-mana.
Selepas peristiwa abang saya berunding dengan dia dan suaminya, mereka bersetuju untuk membayar RM 100 daripada jumlah kos RM 180. Dan mereka telah menetapkan tarikh 27 atau 28 haribulan ini untuk menjelaskannya.
Oleh sebab saya sangat sakit hati dengan tipu helah mereka, hari ini saya menghantar SMS lagi mengingatkan perempuan itu bahawa esok adalah 27hb..lusa adalah 28hb. Sendiri mau ingat !
Terus, dia membalas, meminta saya mencadangkan tempat, waktu yang sesuai untuk berjumpa. Saya pun mula memarahinya, kerana pada hari dia SMS untuk bawa peronda itu, abang saya ada mengajak saat itu juga untuk berjumpa, tetapi dia menolak. Maka, saya menetapkan Ahad ini, jam 2 petang di NZ Curry House Wangsa Maju. Dan dengan marah lagi, saya SMS lagi menyatakan jika ada sebarang bantahan hendaklah dibuat sebelum jam 6 petang ini dan kalau ada apa-apa perubahan saya akan nyatakan kemudian.
Kemudian dia SMS lagi berkata saya ni garang dan selalu salah faham. Saya pun senang aje, SMS balik cakap, hari itu dia berlagak sampai mahu membawa polis peronda semuanya, dan hebat ligat bercerita bahawa suaminya polis di bukit aman, dan saya langsung tidak peduli akan pangkat darjat semua ini. Saya juga turut menulis, jika saya buat laporan polis pun dia tetap bersalah kerana langgar orang, saya tanya dia Akak bawa kereta macam mana? Selama ini saya sudah bersopan tapi lihat suami akak cakap dengan saya bagaimana. Saya hanya perhatikan sahaja lagak akak yang kononnya bercerita tentang polis. Saya ini orang yang tidak suka menunjukkan lagak, saya cuma mahu akak bertanggungjawab. Setakat RM 180 tu berapa sen sahaja pada saya, tapi abang saya ajar supaya bertanggungjawab. Dan saya takkan diam selagi akak tak setel dengan saya.
Dan dia balas lagi, kali ini dengan penuh belas kasihan. Dia meminta untuk berunding dengan abang saya kerana saya ini garang. Saya menambah, Akak ingat saya ni belajar lulusan PMR aje? Saya ada degree dan umur saya 25, jangan anggap saya budak kecil yang tidak tahu apa-apa. Kalau abang saya nak campur tangan, nanti jadi teruk. Sanggupkah akak?
Dia balas lagi dan menyuruh abang saya berdiskusi dengan suaminya kerana dia kini berada di dalam wad. Sakit mental agaknya. Saya pula membalas, ingin sekali saya memberitahu, saya tukar plet kereta saya guna duit sendiri, tetapi saya beritahu kepada abang saya bahawa duit itu datang dari akak. Jahatkah saya ini? Saya memang tidak mahu mencari gaduh tetapi saya mula tidak berpuas hati bila suami akak yang bercakap kerek dengan saya ketika berunding tentang bumper yang jatuh dan akak yang SMS mengatakan bahawa suami akak polis. Akak tak payahlah nak takutkan saya.
Selepas SMS itu dia diam terus. Abang saya pun menghubunginya dan bercakap dengan suaminya sendiri. Suaminya bersetuju untuk membayar hari ini juga. Kerana saya sudah bilang, saya tidak akan diam selagi wang tidak sampai ke tapak tangan saya.
Maka, dia bersetuju untuk berjumpa selepas waktu kerja hari ini. Dan dia juga meminta maaf kepada saya. Suami dia mengatakan bahawa kata-kata saya itu membuatkan dia menangis. Rasakan ! Saya memang tidak suka orang berlagak, saya tidak suka orang memperlekehkan saya dan saya tidak suka orang anggap saya budak yang tidak tahu apa-apa yang senang ditipu !
Marah saya sudah reda. Saya sudah puas hati kerana akhirnya dia mengaku kesalahan dia dan puas hati telah marah-marah. Kemarahan yang terbuku semenjak SMS suami polis dan nak bawa peronda polis tempohari.
Dimulakan cerita, suatu hari di hari Selasa 2 minggu lepas seingat saya, dalam perjalanan ke tempat kerja, kereta saya dilanggar oleh sebuah kereta kancil dari arah belakang. Pemandunya seorang wanita. Bunyi dentuman agak kuat, tapi dia boleh angkat tangan dari dalam kereta seperti tidak bersalah. Logik akal, ketika semua kenderaan berhenti, kenapa pula kamu seorang sahaja bergerak ke hadapan? Tidakkah anda tahu jarak antara kenderaan anda dengan kenderaan di depan dan di belakang itu harus dijaga?
Saya keluar daripada kereta, melihat bahagian belakang kereta saya, ah, no plet sudah pecah !
Kereta dia juga begitu, dia keluar kereta dengan terketar-ketar. Minta nombor telefon saya untuk rujukan di masa akan datang.
Bumper kereta saya kelihatan OK. Jadi saya malas untuk memanjangkan kes ini. Saya tidak meminta wang ganti rugi untuk plet yang patah. Akan tetapi setibanya di rumah, abang saya berkata bahawa bumper sudah terjatuh sedikit. Mungkin pin bracket di dalamnya sudah patah. Hal ini kemudian saya sampaikan kepada minah yang melanggar saya itu. Apabila saya menghubunginya, suaminya yang menjawab. Dengan nada yang sangat berlagak dan buat-buat garang, saya hanya bercakap apa yang terbuku di hati. Suaminya enggan membayar ganti rugi kerana katanya kereta yang dibawa isterinya itu rosak teruk, tangki air pecah dan sebagainya.
Saya bertekad untuk tetap meminta ganti rugi kerana dia yang salah melanggar saya. Bumper kereta saya dibaiki dan resit dikeluarkan. Dan semalam saya menghantar SMS kepada minah itu sekali lagi untuk meminta ganti rugi. Ayat saya susun semuanya sopan dan tiada niat untuk bergaduh.
Tidak lama selepas itu, saya mendapat satu SMS daripadanya yang panjang lebar. SMS itu bertulis,
"Ok, cuba bg resit dulu sebab tu kereta suami akak, suami akak polis kat bukit aman tp tgh buat tugasan rasmi kat kementerian pertahanan, apa2 kes kena buat siasatan dulu, bgtau kat mana nak jumpa, dia akan datang dgn pegawai peronda utk ambik resit utk check dulu..nak jumpa kat mana ni dan pukul berapa sbb skrg abg akak ada rondaan kat selayang.."
Saya membalas, "Malam ni jugak dan akak boleh bawak semua polis sebab saya tak buat salah"
Dia balas lagi, "Jgn salah faham..bukan nak bwk polis sengaja mcm tu..ini kan prosedur polis..adik kena faham, laporan polis kan 24 jam, selepas tu kira keraguan ler, apapun bgtau kat mana dan pukul berapa nak jumpa.."
Oleh sebab bunyi SMS dia agak berlagak seperti dia seorang sahaja yang mempunyai kuasa veto, saya pun menceritakan perkara ini kepada abang saya Mizi. Dalam beberapa minit sahaja, lagak si isteri dan suami yang kononnya polis bukit aman itu berakhir tanpa nak bawa peronda semua. Baru dia tahu dalam dunia ni bukan dia sahaja yang hebat. Baru dia tahu dia tu hanyalah pegawai prebet yang mencacai kutip duit haram dan duduk di garisan paling bawah dalam kasta kepolisan.
Dan, sehari dua lagi, dia akan membayar ganti rugi itu. Jika mereka enggan bayar, saya akan buat laporan polis yang sebenar-benarnya kerana saya tidak bersalah melanggar kereta orang !
Sebenarnya, si suami dia bukan polis ok, lagak je nak jadi polis.
Ini antara cara yang saya rasa boleh buat kita mengubah gaya hidup kita dan Kerajaan tidak berhak untuk memarahi atau menghukum kita.
1) SMS - setiap hari kita mesti guna paling kurang 10 SMS pada suami, isteri, ayah, emak, adik, abang, kakak, rakan sekerja dll. Sekarang ni, jangan guna SMS, kepada yang mempunyai talian internet di rumah, pakai e-mail saja, percuma. Bagi yang tiada talian internet dan duduk di kawasan berhampiran atau bersebelahan, laung aje atau tulis nota dan baling masuk tingkap. Kalau jauh sikit, bagi burung merpati suruh dia hantar. Kalau dia tersilap hantar kepada orang yang salah, biarkan.
2) SMS - hentikanlah mengutus SMS kepada televisyen (kecuali tujuan menderma), rakyat kita ni suka sangat AFUNDI la, tuju ucapan yang terpampang kat skrin tv, sedangkan orang yang dituju tu tak tengok pun. bazir saja !
3) Pakaian - Jangan beli yang berjenama, jangan masuk butik. Jangan pernah nak beli baju baru sekiranya baju lama tu masih elok. Selagi tak terkoyak di celah ketiak, dada dan celah kangkang, pakai saja. Koyak sikit pun takpe. Kitakan orang susah.
4) Kasut - Juga jangan beli yang mahal. Beli je selipar jepun atau selipar jenama bowling, Selipar jenis asadi mahal. Dalam ofis jangan pakai selipar, pakai stokin je. Stokin kalau tak cukup, rembat je yang anak-anak. Tak cukup jugak lagi, rembat sarung lengan isteri punya.
5) Telefon bimbit - Pakai Nokia 3310. Baling anjing pun takde masalah. Ada 2 fungsi tu.
6) Beras - Semua masak nasi seminggu sekali saja. Tanam pokok buah-buahan seperti nenas, mangga dan tak lupa ubi kayu.
7) Tepung gandum - Kalau tak mencukupi minta dekat isteri Menteri PDN HEP. Mesti stok dia tak pernah habis.
8) Rambut - Jangan potong di salun. Mintak suami/isteri potongkan. Kalau senteng jangan marah.
9) Pisau Pencukur - kongsi 1 pencukur untuk semua ahli keluarga atau jiran sebelah menyebelah. Rotate giliran setiap bulan.
10) Beg sekolah anak - Pakai je 'woven bag' yang ada dapat secara percuma ketika melawat 'booth' pameran-pameran tertentu.
11) Kucing - Jangan bela kucing atau haiwan peliharaan lain. Kita pun tak cukup makan, buat apa nak bela diorang? Yang tengah bela binatang sekarang sila jual kepada zoo. Kalau zoo tak nak, jual kat Menteri-menteri. Mereka kan kaya.
12) Kereta - Kongsi kereta, motorsikal, basikal dan segala yang ada. Kalau lebih muatan pun, cakap kat pihak berkuasa yang kita semua menyahut seruan kerajaan disuruh Car Pooling dan bawak basikal.
13) Minyak wangi & Alat solek - Biar berbau tengik atau muka seperti langsuir, setiap sen adalah berharga untuk mengisi perut anak dan isteri ! Tak perlu mengejar duniawi sangat, kerana di Syurga nanti semua orang akan jadi cun dan hensem dan semestinya wangi. (Kalau masuk Syurga la)
14) Rumah - Kalau yang belum mempunyai rumah sendiri (sebelum ini menyewa), jangan risau. Jika tiada wang, jangan bayar sewa, atau bayar ansuran untuk pinjaman rumah kerana jika anda dihalau atau rumah ditarik, anda boleh menumpang di rumah Dato' Zakaria (arwah) atau rumah PM/Menteri-menteri yang besar gedabak tu. Banyak bilik kosong, boleh tampung 2 juta rakyat negara ni. (Orang negara asing tidak termasuk)
15) Bulan puasa - Makan kurma dengan bubur nasi je hari-hari. Nak 'up' sikit makanlah murtabak dan kebab. Air kosong sudah.
16) Hari raya - Jangan pulang ke kampung kerana duit minyak dan tol dah mahal. Duit raya pun jangan bagi pada budak-budak. Baju raya pun pakai je baju harian atau baju kerja.
17) Hari raya - Jangan beli mercun atau bunga api. Ibaratnya membakar duit. Duit yang beli mercun tu jika disimpan dah boleh isi berapa liter petrol dah.
18) Saman - Jangan buat sebarang kesalahan jalanraya, jika ter-buat, jangan bayar saman kerana duit Kerajaan dah banyak diberikan kepada mereka-mereka ni.
19) Parking - Jangan parking kereta anda di tempat yang berbayar. Sebaliknya parkinglah di tempat VIP, di kaki lima bangunan, di hadapan bangunan, di atas rumput jagaan majlis daerah, dll. Bila kena saman, ulang ke no. 18.
20) Akhir sekali..Petrol - Semua jangan isi minyak kat stesen Petronas, isi kat stesen lain takpe. Alang-alang tengah untung sekarang, biar kita bagi dia rugi balik macam dulu. Bila untung ni dah kedekut pula jadinya. Kalau boleh curi minyak, jangan lupa curi banyak-banyak dan agihkan kepada jiran dan keluarga anda.
Arakian terjadi beberapa minit yang lalu. Saya hendak ke tingkat atas. Lalu ditekanlah butang lif untuk ke atas. Tidak lama selepas itu lif sebelah kanan hujung sekali terbuka. Setahu saya, selama 2 minggu lepas lif berkenaan tidak boleh digunakan oleh orang awam kecuali pekerja-pekerja kontrak binaan yang sedang renovasi pejabat baru. Maka, tanpa berfikir, saya terus masuk ke dalam lif itu.
Agak aneh kerana lif itu tidak bergerak dan memakan masa yang agak lama untuk sampai ke tingkat atas. Dan, apabila pintu lif terbuka, terlihatnya saya masih di tingkat yang sama.
Turut menunggu di situ ialah seorang lelaki Bangla. Saya fikir dia juga melihat saya naik lif tersebut. Dan dia ingin berkata sesuatu namun tidak tahu berbahasa Malaysia mahupun Inggeris. Lelaki itu adalah salah seorang pekerja renovasi pejabat baru yang akan di buka bertentangan dengan pejabat tempat saya mencari makan ini.
Dengan sekali lagi, lif tersebut terbuka dan dia meluru masuk. Saya memang tidak mahu masuk lagi kerana sudah terkena. Pintu lif pun dah tertutup dan tak lama selepas itu pintu lif terbuka lagi dan keluarlah lelaki Bangla itu. Dia berjalan dengan mendepakan sedikit tangan kanan dan kiri seolah-oleh menunjukkan isyarat 'tengok ni, takde apa-apa pun'.
Melihatkan kebangangan lelaki tersebut, dan mempunyai rasa sedikit ragu-ragu, saya tidak mempedulikan dia di situ. Nasib baiklah lif yang lain terbuka dan dapatlah saya masuk. Eh, lelaki Bangla ni pun turut masuk juga. Saya tidak tahu ke mana hala tujunya.
Apabila orang di dalam lif itu semuanya hendak naik ke tingkat atas, dia seorang sahaja yang menekan butang 'G'. Akan tetapi butang tersebut tidak menyala kerana lif hanya berkhidmat untuk satu hala dalam satu masa sahaja. Mungkin dia tidak pernah mengendalikan lif barangkali. Kemudian, ada seorang pakcik menegurnya, "Tak boleh turun, ni untuk naik je".
Saya sudah sampai ke tingkat 5. Tidak tahu lah saya nasib lelaki Bangla itu seterusnya. Bermainlah dia naik-turun lif itu sampai ke tua.
Melihat hari ini muram sahaja, warga KL macam tak mahu pergi kerja, sebenarnya termasuklah saya. Bukan kerana kereta dihantar ke bengkel juga; tapi sebab melihatkan sehari-harian wang begitu banyak 'ditumpahkan' ke dalam tong petrol kereta. Hari ini berpuasa. Ada sebab tertentu juga.
Kemarahan rakyat begitu membuak-buak. Maaf, saya bukan mahu sangat mencemarkan jurnal saya dengan agenda politik ini, tetapi saya cuma mahu membuahkan idea sendiri yang mungkin sesetengah individu tidak bisa menerima, terpulanglah. Saya bukan hipokrit.
Hari ini bakul mesej elektronik saya sarat dengan caci cela kepada pemimpin dan karikatur mengenai apa yang terjadi semenjak beliau memerintah. Zaman kegemilangan beliau telahpun lenyap, ibaratnya orang qada hajat dan dah 'flush' sisa najis ke saluran pembetungan.
Akan tetapi saya suka akan isteri beliau yang sudah meninggal dunia itu. Siap termimpikan dia memberi saya sepasang songket biru dengan benang emas lagi. Bagi saya arwah ada sifat kasih yang bukan semua orang ada. Lihat sekarang Yayasan Budi Penyayang macam tiada aktiviti kemanusiaan sahaja. Kalau kita bisa melihat arwah dalam alam invisibil, pasti arwah kini sedang meratap tangis sedu-sedu.
Saya teringat lagi, masa itu saya menuntut di tingkatan 3. Ayah membawa pulang buku 'SH*T' karya Shahnon Ahmad yang dipinjamnya daripada bos. Saya pun membelek. membaca dan memahami malah menghidu buku itu kalau-kalau ada terbau sesuatu seperti judulnya. Tapi baunya wangi kerana kertas putih itu telah dikitar semula dan dibubuh bahan peluntur banyak-banyak.
Bahasa-bahasa di dalamnya sungguh kasar (ketika itu). Ya, semua orang tahu buku itu dituju kepada pemimpin terdahulu, yang katanya 'benci' dengan sikap beliau. Tapi saya lihat dalam kehidupan hari ini, purata rakyat yang membenci 'previous' berbanding 'recent' adalah jauh berbeza; tentulah 'recent' ini lagi banyak jumlah kebenciannya.
Minyak petrol naik, subsidi dan lain-lain berita terkini yang bikin negara kacau bilau. Eh, malu la sikit pada negara jiran seperti Indonesia. Mereka di sana walaupun hidup melarat tetapi saya kira tiada pula isu seperti ini berlaku di sana.
Tidak dinafikan, antara perkara yang paling sengal untuk saya fikirkan adalah, perbandingan harga runcit petrol dengan negara-negara pengimport minyak seperti Singapura dan Thailand. Kenapa tidak banding dengan negara pengeluar minyak seperti Brunei dan Arab Saudi kerana kita juga salah satu daripada mereka? Mereka jual paling tinggi pun RM 1.19 per liter. Kemudian digubal pula hak pemberian subsidi kepada rakyat, bak kata Mynizam, "Orang miskin takde kereta ! Tak mampu ! Macam mana nak bagi subsidi pada orang 'miskin'?"
Tapi, ada orang kata, kita sudah tak mampu nak turunkan harga pada takuk asal lagi. Asalkan jangan naik mendadak bila tiba Ogos nanti. Bukannya apa, saya tidak sanggup lihat wajah tampan macho itu bertukar kepada sesuatu yang tidak diingini kerana ramai rakyat Malaysia sekarang, bila ditanya isu petrol. semuanya menjerit, "BA*I ........!!!!". Kalau 44 kali diperkatakan sebegitu, dikhuatiri terjadi betul-betul !
Lawak bangang. Dah ada orang mati nak ajak minum teh pulak. Pastu cari motor pulak. Tetiba melengkapkan komputer. Haha, anda takkan faham selagi tak tengok video ni. Tengok la, release tension masa kerja terutama hari Jumaat cenggini kan.
Minggu lepas, kita semua sudah tahu harga petrol dinaikkan sebanyak RM 2.70 per liter. Harap maaf kalian, kali ini saya menulis lebih kepada idea saya sendiri dan bukan menganyam karutan seperti entri lain sebelum ini. Akibatnya, harga barang semua naik, dari yang kecil sampailah sebesar-besarnya.
Kita semua pun tahu, rakyat Malaysia bukanlah orang kaya semuanya. Syukur sahaja pada anda yang masih mampu memandu BMW, Ferrari dan kereta mewah yang lain. Kerana ramai yang sudah menjadi penunggang motorsikal kerana tidak mampu membeli petrol kereta. Nasi lemak juga sudah berkurangan kuantiti tapi harga masih RM 3.50 sebungkus. Beras juga mahal. Daging ayam juga mahal. Daging kerbau pendek macam mana pula? Habis, kita semua mau makan apa? Daging saudara sendiri?
Jika kakitangan kerajaan yang berpendapatan bersih RM 800, bagaimana mereka mahu meneruskan kehidupan? Jika di Kuala Lumpur, saya pasti ramai cuba cari kerja sambilan. Mungkin selepas ini ramai yang menggantungkan dirinya akibat baki akaun adalah negatif.
Dengar khabarnya Ogos akan datang kita harus menantikan kemunculan harga petrol yang baru. Semua orang gelak berdekah-dekah di kedai kopi pabila terdengarkan berita ini. Bukan gila. Gelak menyembunyikan rasa sedih dan marah pada golongan atau pihak tertentu yang bertanggungjawab terhadap pasang surut ombak harga petrol ini.
Beberapa bulan sahaja lagi, umat Islam akan menyambut Ramadhan dan Syawal. Kita tengoklah nanti harga lauk pauk dan kuih muih semuanya mahal. Begitu juga kain pasang dan upah tempahan baju.
Kalau seorang tukang kebun, beristeri 1 dan mempunyai anak 8 orang, 4 daripadanya perempuan, dengan upah dibayar RM 600 sebulan-- bagaimana mereka hendak meneruskan kehidupan? Motorsikal perlu dibayar minyak dan cukai jalan, insurans, anak-anak yang bersekolah dengan yurannya, barang isi rumah, dan kelengkapan yang lain?
Tahun ini adalah Syawal yang paling mendukacitakan untuk umat Islam Malaysia !
Duit raya tidak boleh diberi kepada kanak-kanak lagi. Ini kerana kanak-kanak sekarang sudah muak dengan wang kertas terkecil nilainya yang berwarna biru itu. Harga biskut raya dan lainnya adalah mahal. Tidak hairan selepas ini ramai yang merompak, menyamun seperti warga asing di negara mereka.
Satu tangki penuh untuk kereta Perodua Kancil adalah dianggarkan RM 60. Harga meletak kenderaan di tempat kerja adalah RM 7 sehari. Tidak termasuk tol lagi. Dan maintenance kereta. Dan makan minum.
Pendapatan sebulan dianggarkan RM 1500 hingga RM 2400. Di KL ini cukupkah ia? Di Kemaman pun mereka yang bekerja di Petronas Gas yang bergaji tinggi juga merasakan tidak cukup. Aduh, disuruh UBAH GAYA HIDUP pula?
Jika sekeluarga memang selalu membeli pakaian di Tesco atau bundle, mau ubah memakai pakaian terbuang pula kah? Usah paparkan di media tentang kes rompak, samun, rogol, bunuh dan sebagainya jika tidak tahu mengambil hati rakyat.