5 posts tagged “childhood”
Ini hanyalah luahan daripada hati saya sahaja.
Sebelum berakhirnya tahun 2008 tempohari saya sempat membeli sebotol minyak wangi, Mariah Carey's Luscious Pink. Oleh kerana begitu meminati warna merah jambu, Mariah Carey dan baunya sendiri, saya cuba untuk mendapatkannya dan Alhamdulillah misi tercapai.
Mempunyai minat yang tersendiri dalam mengumpul pelbagai minyak wangi, Mariah Carey ini boleh diklasifikasikan antara wangian yang paling saya gemari selain wangian lain yang kebanyakannya berwarna merah jambu.
Setelah hampir setiap hari memakai minyak wangi terbaru dalam koleksi ini, saya teringatkan sesuatu apabila tercium baunya. Bau yang saya pernah kenal, kira-kira 13 tahun yang lalu.
Saya mempunyai seorang rakan baik semasa kecil sehingga ke bangku sekolah. Nurul Syahida Mohd Ridwan namanya. Sebelum kami bersekolah rendah bersama-sama, saya memanggilnya Sya. Apabila masuk alam persekolahan, guru-guru dan rakan-rakan mula memanggilnya Nurul.
Orangya manja, manis dan berwajah kacukan Cina. Mempunyai kulit putih langsat dan gemar berambut panjang paras pinggul, rambutnya lurus tanpa membuat rawatan rebonding. Setiap hari ke sekolah dia akan memakai bedak dan losyen yang baunya mirip haruman Mariah Carey's Luscious Pink ini. Dia sangat menjaga kebersihan dirinya, begitu juga menjaga persahabatan bukan dengan saya sahaja, malah dengan semua rakan yang rapat dengannya.
Saya dan dia sering bersaing dalam merebut tempat pertama di dalam kelas, semenjak tahun 1 sehinggalah tahun 6. Jika ada pertandingan dan memerlukan wakil sekolah, kami selalu akan dipilih bersama-sama, tidak pernah ditinggalkan keseorangan. Kami seperti kembar di sekolah. Saya belajar Matematik dengannya kerana dia sangat gemar matapelajaran itu.
Kalau bergaduh, sekejap sahaja, kemudian berbaik kembali. Bukan bergaduh perkara besar pun. Guru kelas pun faham kami berkelahi kerana kedudukan dalam kelas, jawatan pengawas dan lain-lain yang tidak serius. Bak kata orang, berkelahi secara intelligent. Hehe.
Apa yang istimewa dengan Nurul? Dia banyak mengajar saya dari segi akademik, kehidupan dan juga doa-doa amalan yang mana pada saya tidak semua kawan kita akan membimbing kita begitu. Sehingga hari ini saya belum jumpa kawan-kawan lain yang boleh menandinginya. Dia sangat jujur, baik dan sayangkan kawan-kawannya. Semasa di tingkatan 1 dia pernah menelefon ke rumah dan ingin berbual dengan saya. Tingkatan 3 saya menerima kad hari raya yang terakhir daripadanya. Di dalam kad itu dia menceritakan bahawa dia akan belajar Fizik dan Kimia, dan dia masih sukakan Matematik. Dia juga mula diminati oleh pelajar-pelajar lelaki di sekolahnya. Saya membalas kad raya itu tapi sehingga hari ini belum pernah menerima balasan.
Mungkinkah sudah melupakan saya? Mungkin ya, mungkin tidak. Apa yang pasti, saya tidak pernah melupakannya sehingga kini. Saya mencuba menjejakinya di internet, Friendster dan sebagainya kalau-kalau terjumpa, malangnya pencarian saya gagal.
Saya masih ingat yang keluarganya mempunyai perniagaan sutera dan songket di Pasar Payang, Kuala Terengganu. Saya cuba mencari lokasi kedai itu di internet kerana khuatir jika mereka telah berpindah. Sungguh gembira kerana kedainya masih di situ dan antara yang paling berjaya di Pasar Payang kerana menerima banyak pujian daripada pelanggan-pelanggan tempatan mahupun luar negeri. Saya berharap saya akan ke sana suatu hari nanti dan bertanya khabar tentangnya. Walaupun mungkin dia tiada di situ membantu ibu bapanya menguruskan perniagaan, tetapi paling kurang dapatlah saya tahu apa yang dia buat sekarang, lokasi tempat tinggal dan nombor yang boleh dihubungi.
Ya, saya masih berdoa supaya dapat bertemu kembali, setelah 13 tahun berpisah. Walaupun dia mungkin sudah berumahtangga atau tidak semesra dulu. Saya cuma mahu lihat dia baik-baik saja dan tumpang gembira atas apa jua yang dilakukan kerana itulah seorang kawan baik perlu buat =)
Terima kasih pada pembaca-pembaca. Ramai yang mengajukan soalan kepada saya, kenapa begitu tekun menulis tentang tragedi tanah runtuh. Gayanya saya ini seorang wartawan sahaja.
Lupa untuk diberitahu di sini, ya, saya memang gemar menulis.
Hal ini dikesan semasa di bangku sekolah lagi. Permulaan saya masuk tadika, walaupun masih buta huruf, namun saya sudah gemar menulis dan melukis sehingga wujud satu benjolan di jari hantu saya. Ibu berkata itu tanda orang kuat menulis kerana memegang pena terlalu kuat. Benarkah begitu? Saya tidak pasti.
Perang Teluk di negara Timur Tengah itupun saya masih ingat. Ketika itu saya darjah 1. Walaupun tidak tahu sejarah peperangan itu, namun saya mencatitkan "Perang Teluk" setiap hari pada kalendar pemberian ayah, sehinggalah tamatnya perang tersebut.
Tahun dua, 1992, kejadian kondominium runtuh di Highland Towers. Saya masih ingat, tarikh sebenarnya ialah 1992 dan bukan 1993 seperti yang diuar-uarkan oleh media massa. Kerana tidak tahu mengeja perkataan "Highland', saya menulisnya sebagai 'Hailend" Towers dan mencatat segala hal yang berlaku di dalam sebuah buku log akaun ayah saya.
Walaupun ketika itu saya tinggal di Terengganu. Saya menulis seperti keratan akhbar dengan lukisannya sekali. Isi kandung tulisan saya itu antaranya tertulis, "Mangsa yang ditemui di dalam bangunan itu ialah orang Indonesia Umi dan anak bosnya..." (sebenarnya Umi dan anak majikannya yang ditemui selepas 2 hari kejadian itu, dan mereka masih hidup). Bersebelahan "akhbar" itu saya lukiskan seorang wanita dan seorang bayi sedang berada di atas katil di hospital sambil memegang kepalanya yang berbalut. Sungguhpun lukisan itu buruk tapi masih berjaya mengecam bahawa itu ialah Umi dan bayi tersebut.
Selain daripada perihal semasa, saya juga menulis cerita bagaimana ibu saya melahirkan adik, ketika itu saya tahun 1. Susun atur ayat-ayat saya sungguh melucukan, tapi itulah hasil karya seorang anak berusia tujuh tahun ketika itu. Isi kandung tulisan itu antaranya ialah "Ma ada di hospital cukai, adik dihantar ke hospital kuantan. Adik masuk dalam tempat khas bayi kerana tidak cukup bulan..Malam tadi saya tidur di rumah maklong"
Kemudian, saya menulis pula resepi yang mengarut di dalam buku resepi milik ibu saya. Walaupun langsung tidak sedap jika diikuti langkah-langkahnya, bila saya membelek kembali buku itu sekarang, di mana usia saya adalah 24, sangat mencuit hati.
Pabila saya berada di tahun 3, saya memenangi tempat pertama dalam pertandingan mengarang tahap 1. Hobi itu kemudian menular hingga ke darjah 6. Karangan saya sering difotokopi guru sebagai contoh karangan terbaik pada masa itu. Jika ada ujian bulanan, pastilah karangan saya yang pertama dibaca oleh guru di depan rakan-rakan sekelas saya. Guru yang membaca karangan itu ialah Cikgu Osman, beliau kini mengajar di sebuah sekolah di Kelantan. Beliaulah yang banyak menolong saya memperkemas karangan. Selain daripada beliau ada seorang lagi yang juga guru Bahasa Melayu, Cikgu Kamal Mustaffa yang kini mengajar di sebuah sekolah di Dungun.
Tingkatan 1, saya gemar menulis surat kepada guru-guru di sekolah rendah dan menceritakan keadaan saya di tempat baru.
Dan semasa di tingkatan 3 saya menghasilkan beberapa novel saya sendiri yang ditulis di belakang helaian-helaian buku latihan yang tidak diguna lagi. Kawan-kawan juga ada yang meminjamnya dari saya. Sungguh memalukan kerana cerita yang entah apa-apa pun masih ada yang hendak membaca. Juga memberi khidmat menulis nama dalam tulis khat untuk kawan-kawan. Pun melucukan.
Semasa usia saya 18 tahun, saya mula terlibat dalam penulisan blog. Blog pertama ditulis di Blogger. Kemudian di Multiply dan kini di Vox dan juga Blogger (lagi). Usia 22 tahun saya mula menulis cerita peribadi dan sehingga kini masih mengumpul sehingga menjadi sebuah buku. Pun begitu hasil tulisan ini tidak didedahkan di mana-mana bahkan ia tersimpan di dalam suatu tempat misteri iaitu di dalam poket beg laptop. Hahahaha.
Oh, maaf saya bukan membuat ucapan untuk Anugerah Nobel. Hanya mengimbau kembali saat suatu masa dahulu. Dan hingga sekarang saya tidak akan berhenti mengarang walau apa halangan sekalipun.
Buku-buku yang ditulis oleh penulis cilik suatu masa dulu itu masih disimpan di stor rumah. Walaupun ada di antaranya sudah tidak lengkap namun itulah yang akan saya buktikan kepada pembaca semua, mungkin saya dilahirkan untuk menjadi seorang jurnalis. Tapi, saya tidak akan merealisasikannya kerana tidak mahu melihat dunia saya gelap kerana tiada sambutan hebat. Cukuplah sekadar mengisi masa lapang sahaja, atau menyimpan kenangan yang tidak mungkin padam sampai bila-bila. Macam bencana alam kat Bukit Antarabangsa tu, berlaku mungkin sekali semasa hayat kita, jadi harus simpan baik-baik cerita ini.
Sekian.
Minggu lepas pergi menziarahi tempat lama, rumah lama dan kawasan lama yang ditinggalkan oleh keluarga saya semenjak 2006. Ye, saya masih rakyat Terengganu..orang Kemaman. Terubat rindu menjengah Kemaman ku ini.
Terngiang-ngiang di telinga, nyanyian sekumpulan anak-anak perempuan sedang bermain pondok-pondok berhampiran astaka, tatkala menunggu bapa-bapa mereka selesai bermain bolasepak.
Nyanyian pertama, permainan "Wau Pepek"
"Wau, wau pepek,
Wau pepek hujung galah,
Masuk keluar masuk,
Hujung galah buka pintu,
Cak lalok..lalok..cak lalok..lalok"
Nyanyian kedua, kalau nak buat pilihan daripada banyak 'option' (ala-ala eeni meeni mini moe lah)
"Tak tak ge te,
Letak ekor naga,
Jalan kira-kira,
Tiga puluh tiga!"
huhu..saya mahu pulang ke zaman itu !!!!
Share a story about your sibling(s) or a family member from when you were a kid.
Submitted by Jenny Marie.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
masa kecik dulu, sebelum aku ada adik. aku hepi dengan abang dua orang mizi n mizam ni. bayanglah kalau aku umur 5 tahun, mizi beza dengan aku 9 tahun, mizam beza dengan aku 4 tahun. parent kitorang biarkan je kalau kitorang bertiga pakat gotong royong masak maggi. tukang masaknya mizi. yang lain macam tukang isi air tukang basuh periuk macam tu la. Abah kami ni tegas juga masa dia muda dulu. lepas maghrib sampai isyak kitorang belajar mengaji dengan Ma. Ma pun ajar budak-budak lain jugak. biasanya kami last sebab kami tuan rumah. pukul 8pm tengok berita. berita habis pukul 8.30pm. Abah tutup tv lepas habis berita. semua kena belajar. satu malam tu mizam nak tengok cerita kung fu kat tv. tapi Abah marah. Abah tutup tv suruh mizam belajar kat meja makan. mizam tension agaknya, dia lukis atas satu kertas A4 gamba meja makan, budak kat meja termenung, pastu tv kat depan. dia suruh aku "pos" ke Abah. lepas tu Abah datang kat mizam. dia tanya ni lukisan apa ni tak faham. then mizam terangkan, dia kata, "ni budak ni dia nak tengok tv..tapikan..ayah dia suruh dia baca buku. tapi dia taknak." lepas tu Abah tergelak. maka malam tu mizam berjaya tengok tv.
ni dah tua tapi masih menyusahkan orang. semenjak kerja jadi pakcik imigresen ni asyik promote aku kerja dengan kerajaan pulak.
well, i'm kinda obsessed with vox. for the time being, since namira's camera is available, and my fingers not tergeliat lagi to type lots of stories, sad and funny to share with, then...it's called VOXday ! yippie !
geledah dalam hard disk drive. cari gambar untuk simpan kat sini. my hd dah banyak load ni. sayangilah hd anda.
yeh. my name. sorry for the watermarking "sapa copy dia kafir". lantak la. sapa suruh kau copy tak mintak izin dari aku. rasekan !
aku suka tengok hidung sendiri dari pandangan bawah. bukan bangga. suka. bangga dengan suka dua perkataan lain ejaan, lain sebutan, lain maksud. cek kamus dewan.
my pink pencil case. i love pink. very.
lights from the window.
at the age of 1+. tv belakang tu dibeli bersempena dengan kelahiran aku. tapi tv tu dah rosak sekarang. akuarium tu still ada lagi sampai skang. meja yang tampung aku ni dah takde dah. amacam body aku? mantap kan? skang? ahahah macam tiang !
tudung = ma beli.
brooch = ma kasi.
baju kurung moden = mynizam kasi.
muka = pinjam muka ma.
ni nor. dorm mate masa kat sekolah dulu. dia budak pandai. gambar latest beliau lah ni. dulu lagi kecik. hmm..skang ada progres. good job !
my financial accounting lecturer. though she's garang, i still love her.