11 posts tagged “kak zuly”
Minggu lepas, hari Sabtu. Pergi ke One Utama dengan Kak Zuly. Kami tak tahu nak makan kat mana walhal banyak terdapat restoran makanan cepat (fast food restaurant) di sana. Tapi kami memilih untuk makan waffle coklat dengan aiskrim ini. Nampak sedap? Ya, sudah tentulah. Tengoklah harga pula.
Terima kasih atas masa anda Kak Zuly.
diadakan di Main Hall MMU Melaka semalam.
Gambar sedikit sebanyak:-
Tiket. (terima kasih banyak-banyak pada Kak Zuly sebab bagi "hadiah" belanja makan)
hidangan #1: sate ayam
tembikai dengan dodol. dodol dia macam 'flubber' seh, liat !
hidangan #2: nasi himpit & lemang, atau nama matsalehnya, lempang.
air sirap.
Wa dengan orang gaji Indon.
orang kuat SRM, Kak Zuly dengan Nana.
ini ialah respons Kak Zuly bila saya tanya dia, "berapa pasang baju raya tahun ni?"
hamper #1:- game teka lagu raya. (sorry my voice was out of tune, coz I've no talent in singing)
hamper #2:- baju tercantik..cantikkah? (sorry jugak, aku tak rasa aku menang)
NOTA: cerita ini hanya difahami oleh kami yang terlibat sahaja.
Mengikut kronologi:
Bermula daripada bermain UNO cards. OK set, "Abang" Bulu (wekkk) selaku ketua pengarah merangkap pengarah keselamatan sosial mengutarakan idea ini sehari awal. "Uno jom". katanya.
Diakui oleh ahli-ahli lembaga pengarah yang lain, 4 orang kesemuanya. dan semuanya perempuan. Jam 11.00 malam perjumpaan di tempat biasa. tapi aku tunggu sampai nyamuk kenyang hisap darah aku ! kereta volvo datang. cess..
isi minyak dulu weh. baik, baik. haaa cepat dua ringgit sorang..dua ringgit sorang. wah kak zuly seperti bendahari. okok jom. (selang berapa km dari stesen minyak), laaa...gi amik kad kat rumah ***** dulu ke? ingatkan dah ade. sabo, sabo.
sebelum selesai ambil Uno cards tu, derang sempat melihat tayangan unggul seluar polka-dot di pintu. argh, aku terlepas sebab duduk tepi. lindung balik tiang.
5,4,3,2,1 berlepas !!!! pergi ke tempat sasaran.
dalam perjalanan pun dah bermacam cerita. sempat tengok kiri kanan ada fe'el yang bervariasi. ok dah sampai. alamak, tak jadi. ada bau sampah laa. boleh tahan ke?? pindah tempat lain ah depan sikit jom.
yang aritu kat depan sikit kan? haa..tu yang kat bawah lampu tu. wah, bawak karpet lagi. canggih, canggih. karipap lagi? air? masyuk woo. hah, apa lagi, bentang la (karpet).
main UNO cards, tak ingat sampai berapa pusingan. tapi nanie hebat. dia baru main tapi dah menang. tahniah ! tapi orang nampak macam semua perempuan. peramah betul orang melaka ni tegur menegur pulak. ada anjing atas motor. pastu ada pak polisi meronda. rasa karipap tu sedap. derang ni buat pakai roti paratha. patutlah.
dah dekat pukul 3. pengawal peribadi aku cakap had sampai pukul 3.00 pagi je. sebelum pergi minum, tolong la pergi tandas dulu, sejuk sangat la kat sini. singgah le stesen minyak dulu. hehehehe.
ni nak pi minum mana ni oit? pekan ke pasar borong? ikut ah. hmm ok lah pi pasar borong. gilelah dah lama aku tak pergi pasar borong. masa time alpha dulu je kot sekali. singgah minum sat. terasa lapar order roti canai kosong, uno game !! banyak kucing kat sini...tapi semua nampak macam kena dera je. tiba-tiba ada sekor yang jelita. mesti orang punya ni, kalau tak aku nak rembat. yang warna oren tompok-tompok tu cun jugak tapi "rosak" sikit sebab duduk kat pasar. aku tak memilih tapi ada kucing yang sakit kulit ni bahaya untuk kita pegang sebab nanti penyakit dia berjangkit pada kita.
dah la malam tu malam jumaat, si bulu cerita pulak pasal hantu kat hostel. satu dua cerita pun dah buat semua seram. yang paling seram yang lelaki kat hostel perempuan tu. tolong weh hantar aku balik dulu. cuak jugak. dalam rumah pun tengok satu-satu. takde apa-apa tapi still tak boleh tidur. kak zuly dengan rakan serumah dia pun sama. tidur tak tidur pun dalam kul 5.00 pagi lebih.
berani betul budak perempuan tu ikut "lelaki" tu daripada tingkat satu kat bilik sakit sampai ke tandas tingkat tiga. kat tingkat dua lelaki tu boleh pandang belakang sambil senyum. dahsyat. pengakhiran cerita tu memang seram wajib. tu susah hostel yang ada lif berselang tingkat, tandas berselang tingkat. "bilik sakit tu memang keras sikit". keras sebab dibina daripada konkrit. jangan fikir lain eh.
sehari selepas tu, kami bercadang nak buat bubur lambuk. maksudnya hari ni la. tapi pagi tadi tak terbangun pulak. sekarang cuaca selalu dingin, bermula daripada senja sehingga ke subuh, dan bermula terbit matahari. maaf kawan-kawan yang berangan-angan dapat makan hari ni. mungkin esok kita masak. sebab kena bangun pagi pergi pasar dulu beli barang.
pengakhiran cerita ni, tidur sampai pukul 11.00 pagi. bunyi di luar macam bunyi hujan lebat turun. langit pun mendung je. rupa-rupanya ada lori pasir ulang-alik menabur kerikil. mungkin ada pembinaan baru berdekatan rumah aku ni.
just now Kak Zuly and 3 of her housemates - Nani, Nura & Jiha ajak aku keluar for a dinner at Tomyam Klasik. (terima kasih banyak-banyak sebab sudi ajak makan). it's been a long pause for me from visiting there. I missed their Sup Perut ! an extraordinary taste of exotic thai + kelantanese.
ordering time. I've ordered Mi Sup with air sirap. Mula-mula nak mi sup perut, tapi waitress tu macam nak tak nak tulis je order aku. kalau kat Besut on je mi sup perut. mungkin dia malas layan kerenah aku kot sebab aku berpakaian hodoh dan berkelakuan tidak sopan malam ini.
in the middle of waiting the foods being served, there's a slightly technical error was done by one of the Tomyam Klasik's waiter. makanan yang di order oleh sepasang kekasih tu. dia nak letak dulang makanan tu atas meja, mungkin jarak dulang dengan meja masih jauh, dan prappp...gedegang !!! jatuh semua nasi, tomyam dan segala makanan lainnya. semua orang memandang. termasuk seorang makcik tidak bertudung yang memakai t-shirt merah dengan lipstick merah sedondon bajunya bangun dan memuncungkan mulutnya ke arah waiter itu. barangkali teringin untuk menyelesaikan masalah waiter itu. prihatin.
feel sorry for the waiter. menggunakan kehenseman semaksimum mungkin untuk menahan malu atau bera di dalam bahasa terengganu. adalah dianggarkan ketebalan kulit muka beliau adalah 10 kali ganda daripada ketebalan tapak kasut beliau pakai yang nampaknya seperti kasut gombak.
setelah selesai mengutip semua sisa makanan yang terjatuh itu, dia terus ke dapur tanpa segan silu. barangkali dalam hatinya merungut, "ah kena potong lagi gaji aku bulan ini." tak lama yang macam lama jugak selepas itu, kelihatan seorang waiter yang hensem lagi dan lebih hensem dari waiter malang tadi mengangkat dan menghidangkan pada pasangan tersebut. kali ini dia juga berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga. takut perkara tadi berulang pada dirinya. maka hilanglah seri hensemnya. katanya di dalam hati.
pada fikiran saya, waiter yang malang tadi mungkin telah menungkupkan mukanya di dalam oven di dapur, atau sibuk menyapu lantai di belakang restoran akibat malu menjatuhkan makanan di depan aweks-aweks. atau mungkin juga mengambil cuti kecemasan dengan alasan serangan athmanya datang dan harus ke klinik segera kerana lupa membawa inhaler. atau mungkin juga sibuk mengambil pesanan di meja hujung seberang nun di sana. maklumlah, restoran ini besar dan keluasannya hampir menyamai keluasan MMU kampus Melaka. betapa luasnya Tomyam Klasik dan betapa kecilnya MMU Melaka.
kesian sungguh kepada waiter itu. takpe. manusia mana yang tidak melakukan kesilapan teknikal. (saya memang gagal untuk menjadi waitress kerana saya clumsy). sekian.
********************************************************************************
additional post, atas cadangan Jiha-- kat Tomyam Klasik semalam ada couple tolong tarikkan kerusi untuk awek dia. jadi kebahagiaan mereka turut dikongsi dan diluahkan oleh Jiha dan Nani di mana mereka menarik kerusi sesama mereka. mungkin pasangan itu (bukan Jiha dengan Nani) pernah menarik kerusi pasangannya terlebih over jaraknya sehinggakan pasangan jatuh dan malu di khalayak ramai. terutama pada 1hb April setiap tahun.
ok, untuk tidak menghampakan semua, atas daya usaha Kak Zuly yang mengambil foto, tapi bukan foto mamat malang itu. ini dia.
berpakaian tidak senonoh atau selekeh boleh menyebabkan hilang aroma masakan. itu spek baru, namanya Japeth (sila tonton movie Hoodwinked ! untuk mengetahui siapakah Japeth)
kita sudah diberitahu tentang bahaya mengisi petrol sambil bercakap di talian. namun begitu kita masih belum menerima sebarang amaran tentang bahayanya makan (terutama sup) sambil bercakap di talian. kerana itu mungkin berlakunya balingan mangkuk secara rambang.
this weekend I went crazy. oo la la.. the craziness however be expressed with smiles. these moments will remain forever. I swear.
last 2 days, going out for dinner with Bulu, Kak Zuly, Hani & Bulu's Roomate. I tell ya, these guys are damn hillarious ! I just can't erase the moment when I played Uno cards for the first time. sorry. I was bad in games. any games !
and I ate mee goreng and roti canai kosong for 2 pieces ! yes, I knew it. my appetite goes wild after my bad headache. and I can feel changes in me.
yesterday, went out with Adilla to Melaka town. to the place that I never step my foot on (near Madam King's)..I dunno the exact name of that place/alley. but seems like hoho craziness; I saw some "gubahan hantaran kahwin" and made me keen to get marry. (sorry guys, I'm not gatal, and I'm sure you'll feel the same way too) and sorry no photos for this entry. maybe Abah's gonna buy me the thing that I really need--a mobile phone + (enhanced built-in camera). I'm not saying that my NK 3200 is lame, but I can't go on with the camera. the pics are awful. ya know, that's 3 years ago technology ok.
went shopping-for-nothing at MP and Dataran Pahlawan. seriously I dunno why my 'appetite' for Mega Sale is now decreasing. I only 'sapu' 1 sandal and 1 shoes, 2 pairs for RM 29.90. (sebenarnya teringin nak beli baju Mickey Mouse/Pooh/Disney Characters yang tengah sale itu...tapi hati ni kata malulah pakai baju kartun, awak tu dah tua ! nanti apa orang kata, tua tak sedar diri, perasan kanak-kanak lagi). Wait ! this is true. and that's why I'm crave for monotone t-shirts, simple designs, and/or ladies' blouses. nampak jiwa dewasa sikit. (tahlah, lately ni rasa macam diri sendiri dah tua, 23 tu bagi aku dah tua. and you know, kalau aku gi Jusco/Tesco, orang panggil aku 'Puan'. kalau call Celcom service centre atau any other call centres, orang panggil 'Puan' jugak. maybe satu doa untuk aku. manalah tahu bayang-bayang pelamin tu dah dekat ke)
and today, went out with Mynizam. walaupun sekejap je tapi hati girang sebab dia berkorban masa dia untuk datang ke sini. thanks a lot dear ! janji, lepas ni jangan buat drama macam kat LRT station kat Setiawangsa tu. malu tau !
baru je balik dari hantar kereta tadi, handphone pulak rosak. dia tulis 'insert sim card' je memanjang. aku rasa macam aku dah lama la tak praktis ilmu taekwondo aku pada harta benda. nak grading black belt aritu aku kena pecahkan 2 keping papan (plank) setebal 1 inci each. put them into a stack, and break it off by using foot, I mean, side kick. lagi satu pakai knife hand. (ape, ingat senang ke nak pecah, kalau tak pecah aku tak dapat black belt tahu !!!)
mungkin henpon aku ni teringin merasa aura taekwondo aku yang dah abandoned for a few years. takpe. rasekan kau Norika Akumi (nama henpon itu. sila rujuk post aku tajuk lebih kurang bunyinya; It's Been With Me Forever). sori flat, aku nak musnahkan kenangan kita. sebab henpon ni dah irritating gila !
today, another one boring day. public holiday (Wesak Day..though I'm not celebrating it).
yeah yeah...Namira and Izyan are off to KL early in the morning.
while Iffa going back to Kuantan.
and me alone.
thank god Kak Zuly's car available for today. so today I drove all around Melaka town. to Mahkota Parade, Dataran Pahlawan and then to Tesco. Alone. (actually nak cari baju pink untuk gantikan baju-baju yang kena clorox tu)
well, Namira gave me green light to play around with her camera again. thanks a lot Acu.
so, hehehehehehehe...syok sendiri.
saya tak cantik dan saya bukan hotchicka yang free hair yang vogue-vogue itu !
my new velvet blouse. =D
muka sakan melihat tv "dora the explorer".
gigi-tak-berapa-cantik-susunannya.
kerja FYP sangat keras otak untuk dibuat. tambah pulak namira bagi "cek" assignment dia. yang tu aku open seketika dengan open office. semalam tidur awal. ingat hari ni nak sambung buat business plan FYP. sori Pejan, aku lembab. tengs sbb nasib baik ko boleh buat system. aku benda programming ni dah berkarat. nanti dah selesai repair Ubuntu aku, aku test run php/mySQL. thanks ada kawan-kawan programmer yang sudi bantu especially "pakcu" (aaa..i forgot his name lah).
semalam buat FYP di library dengan rakan-rakan seNOTEBOOK. haha. namira, izyan dan kak zuly. nanti zach kata dia nak join, maka bertambahlah kaum bernotebook di meja itu. seronok memang seronok. tapi sejuk di library tu aku tak tau berapa darjah celcius atau darjah enam kenanga sk bukit beruang.
semalam kat library juga, ada kawan sekolah aku, dia tanya sapa yang hilang mak tu, adakah referred kepada aku? aku cakap ye. ada ayat yang sangat buat aku sedih+terharu sebenarnya, bila dia kata, "kau kan kuat..kau kuat dari aku, sebab tu lah Allah uji kau". Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur sebab Rabbi ar-Rahman ar-Rahim ni masih ingat pada aku, masih berkehendak Dia untuk menguji aku. Alhamdulillah. aku bersyukur sebab Allah tidak melupakan aku. sayangnya Allah pada kita.
malamnya, aku menangis. menangis sebab, aku tak tau aku sekuat mana. Ma dah takde. aku sendiri-sendiri kena buat semuanya. aku anak tunggal perempuan. aku lah menjaga Abah, aku lah menjaga Syidan, aku lah menjaga rumah. aku menangis sebab terlalu rindukan Ma. orang lain kalau rindu mak, boleh call dan bercakap. aku? aku hanya bercakap macam Ma ada dekat dengan aku. aku tau Ma dengar.
aku, antara berjuta orang yang telah menghadapi kematian orang yang dikasihi. bezanya tempat dan masa dan akibat. kematian sebenarnya untuk dijadikan iktibar kepada kita yang masih hidup. kematian adalah bukti kewujudan Allah dan kekuasaan-Nya. kematian juga menyedar dan menginsafkan kita. banyak kita dengar cerita, orang yang melakukan kejahatan, berubah menjadi baik apabila salah seorang ibubapanya meninggal dunia. itulah iktibar yang berkesan.
air mata aku lagi laju bila dengar lagu exist, untukmu ibu. ada satu lagi lagu samsons kenangan terindah. sayunya hati. hari ni hari jumaat, hari jumaat, dalam masa yang beginilah Ma sedang menghadapi sakaratul maut. kesakitan sakaratul maut tu tak dapat digambarkan, cuma dapat dilihat dari graf pernafasannya, denyutan nadi dan tekanan darah tu. sedetik sebelum Ma menghembuskan nafasnya, kelihatan pernafasannya kencang turun naik. lihatlah, betapa takutnya dia untuk dicabut nyawanya. itu dia, ibuku. aku ni belum tahu lagi macam mana, husnul khatimah (mati dalam keadaan baik) ke atau sebaliknya.
tapi aku bersyukur sekarang aku better dari mula-mula Ma takde. dulu memang hari-hari menangis. sekarang ni sepintas lalu kalau teringat mesti menangis. satu lagi kalau ada masalah yang rumit, dan aku tak tau nak luahkan pada siapa (sebab dulu luahkan pada Ma), aku menangis lagi. Ma adalah kawan terbaik aku di dunia dan akhirat. dan Ma adalah ibu terbaik di dunia dan di akhirat.
Ma yang kurindui, dengarlah rintihanku !
the lyrics, Andai Ku Tahu by Ungu
andai kutahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku
andai kutahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku
reff:
aku takut
akan semua dosa dosaku
aku takut
dosa yang terus membayangiku
andai kutahu
malaikatMukan menjemputku
izinkan aku
mengucapkan kata tobat padaMu
ampuni aku
dari segala dosa dosaku
ampuni aku
menangisku bertobat padamu
aku manusia
yang takut neraka
namun aku juga
tak pantas di surga
this evening i was shortlisted to attend an interview for DiGi Fu-Yoh! Yellow Army. the interview was held at Southern Fried Chicken. oh my ! it was not as formal as i thought.
apparently, i know nothing about this thing. the only this i know is, i was nominated by my housemate, Iffa. Ghheee !!! thanks iffa. then i just "saja suka-suka" to attend the interview. first, filling up form, state any event(s) that i've joined before. of course banyak jugakla kan. hihi. btw, i'm the first candidate !
thanks a lot to kak zuly and her housemate arfah because of their willingness to send me to SFC, and waited for me about half an hour. (and at last kak zuly pun join jugak that interview). thanks a lot both of you. kesian arfah tunggu lama.
tadi, baru a few moments before i'm composing this, i received a message. it sez, "congratulations u r now officially a yellow army. pls b available tomorrow's lunch. venue n place wil b confirm later"
urghhh...at first, Alhamdulillah because i was selected. second, i don't feel like i love to involve in this thing. moreover, i'm a CELCOM user for almost 5 years ! i love celcom very much.
anyway, i was asked the interviewer about if i'm in, and after few judgements, i'm not ready at all, can i terminate from this programme? the interviewer said, yes. (ok, i'm holding his words until tomorrow)
i wish i'm not in the yellow army. i've lotta works to do !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
this year ada lagi tak ye? kalau ada pun, boleh dapat team member ni lagi ke? Kak Zuly ngan Wa dah grad. tinggal aku dengan Nunu je la.
hahahaha.. actually there's no relationship between photo watermarking and maki. but the sounds quite simillar. i just put a test on watermarking software. to avoid pencuri gambar mencuri and buat harta sendiri. dork !
in TKM class last week. photo courtesy of Kak Zuly. arigato gozaimashita ! nice smile Kak Zuly ! u looked soooo sweet with that smile. so, do smile always. haha.