12 posts tagged “rants mengarut”
Budak FIST & FIT dah kemaruk nak ber'industrial training' atau dengan nama lainnya, praktikal. Macam-macam company dah dioffer kepada yang mereka dan mereka mereka kehendaki. Ada yang gembira, teruja dan tidak kurang juga yang sedih.
Minggu lepas saya menjejaki seorang pelajar yang berkeinginan untuk membuat latihan industri di salah sebuah pejabat urusan syarikat produk komoditi.
Bila saya tanya, apa skill yang istimewa yang dia ada sehinggakan kami, oopss, syarikat mengambilnya sebagai anak angkat. Rupa-rupanya skill dia membancuh kopi dan menyanyi aje.
Ini antara cebisan gambar hasil bakat terpendam yang pelajar tersebut ada yang mana kita semua dah lama ada.
susunan majalah yang kelihatan tak ubah seperti AJK publisiti majalah tahunan sekolah.
lagi satu susunan yang menurutnya mudah-ambil-tanpa-selerakkan-yang-lain. tapi bagi saya dia tidak layak bekerja di sini; sepatutnya lebih layak di hotel atau meja pameran atau information kiosk.
Maka, saya, opsss..salah lagi, syarikat berkenaan menolak permohonan pelajar tersebut. Kelihatannya amat kecewa dan tidak memalingkan wajahnya yang berpigmen hitam itu. Sebelum dia melangkah keluar dari pejabat, masih sempat dia mengajukan teka teki kepada saya-"Kenapa Ayah Pin tak dapat gelaran Datuk atas jasa beliau?"
Saya malas untuk ambil tahu. Dia tersengih, sambil memberitahu saya jawapannya yang kurang bijak; "Sebab masa dia naik ke langit ketujuh tu dia tersilap bawa bendera Amerika instead of bendera Malaysia."
Ahmad Wujud merupakan seorang penyanyi dan pengibur tanah air yang sangat terkenal. Bertepatan dengan namanya itu, ke'wujud'dan Ahmad Wujud memanglah sangat dirasai, anak-anak gadis bawah umur dan atas umur juga menggilai penyanyi ini kerana kekacakan dan kepandaian beliau dalam memberi komen yang sangat telus tapi benar belaka.
Ahmad Wujud bukanlah dari keturunan penghibur atau anak seni. Bakatnya datang sendiri. Dan hanya disedari sendiri selepas mereka beliau dan datuknya pergi ke hutan dan menjumpai sebuah gua. Hanya berniat untuk meniru aksi di dalam cerita P. Ramlee, Ahwad Wujud menyanyi bait-bait lagu 'Batu Belah Batu Bertangkup'.
"Batu belaaaaaaah, batu bertangkuuuuup,
Telanlah aku, makanlah aku,
Aku kempunan telur tembakuuuull"
Dengan tidak semena-mena pintu gua itu seakan mengerti lagu itu, terus membuka pintu dan menelan datuknya. Di situlah datuknya menjadi arwah.
Semenjak itu beliau mula belajar motivasi. Motivasi bagaimana untuk tidak membabitkan orang lain dalam masalah sendiri kerana kalau tidak beliau menyanyi dulu, sudah pasti datuknya masih bernafas sampai sekarang dan mungkin boleh beristeri dua, tiga atau empat.
Ahwad Wujud bangun sendiri. Namanya mula menjulang naik setelah album pertamanya dihasilkan. Begitulah seterusnya sehinggakan pernah dalam masa setahun itu dia berjaya menghasilkan 3 album penuh, 1 single dan seorang anak. Ye, beliau baru berkahwin dengan gadis pilihannya masa itu.
Dan, menjelang era dunia moden sekarang ini, beliau sudah menjadi artis senior. Kejayaannya membuka akademi suara sendiri, studio sendiri, rumah sendiri, dan juga membuka tin sardin tanpa bantuan pembuka tin lagi. (Kerana tin sardin sekarang sudah mempunyai picu pembuka sendiri..nak buka, tarik saja). Ya Rabbi aku belum habis mengarang sudah letak noktah. Kejayaan beliau dalam bidang-bidang tertentu itu membuatkan beliau diundang ke suatu ujibakat rancangan tv realiti.
Ramai yang hadir. Ada yang nak masuk ujibakat, ada yang saja datang nak lihat Ahmad Wujud secara 'live'. Ada juga yang datang kerana bekas kekasih masuk ujibakat, dia saja nak tunjuk kekasih barunya yang lebih berduit.
Rata-rata yang datang itu, tidak ada bakat. Hanya perasaan dalaman membuak merasakan diri mereka mampu. Ini kerana mereka membaca buku motivasi yang bertajuk "Dare to Fail". Telinga Ahmad Wujud sudah sangat tepu mendengar suara-suara laungan panggilan hujan ini.
Bermulalah kritikan beliau; "awak tak cukup ketinggian untuk menjadi seorang artis",
"awak sangat gemuk, cuba makan herbalife dulu untuk sementara waktu ni'",
"awak yakin ke mekap awak bukan jenama murah?",
"eh tinggi sangat kasut awak tu, saya takut nanti tertukar dengan kren yang buat bangunan tu",
"dulu PMR awak ambil berapa matapelajaran? awak pernah jawab guna pensel 2B jenis apa ye?",
"maaf ye, jersi MU awak pakai ni ori ke?",
"ni awak masuk ujibakat ni suami awak tahu ke?",
"suara awak memang sedap, tapi takde kelas".
"kami tak akan bertanggungjawab kalau awak dibuang jadi guru agama nanti",
"kombinasi lagu awak ni tak sesuai, padanlah baju dengan seluar awak pun tak sesuai",
"rambut awak kurang berminyak, saya tak boleh ambil awak maaf".
Bayangkanlah, dalam 327 orang yang datang ujibakat, hanya 2 orang sahaja yang Ahmad Wujud rasakan layak. Seorang lelaki, seorang perempuan. Ini menyebabkan ketidakpuashatian semua yang disingkirkan. Mereka cuba menyerang Ahmad Wujud sebaik sahaja beliau keluar dari bilik ujibakat. Tapi, mereka tewas semuanya. Kenapa?
"Pintu belaaaah, pintu bertangkuuuuup,
Tangkuplah aku, makanlah aku,
Aku tak hingin dimakan pukul"
Semua yang menyerang tu ditelan dek pintu bilik ujibakat tu. Ahmad Wujud bersiul keluar macam tak ada apa-apa.
Ini ialah akibat membaca terlalu banyak bahan ilmiah berupa pendidikan alam mistik sehinggakan penulis (bukan nama sebenar) membuat kajian bercakap dengan patung zirafah kesayangan.
Apabila setengah jam cuba memujuk zirafah itu untuk membuka mulut, akhirnya gagal. Sebaliknya, penulis (juga bukan nama sebenar) cuba memasukkan patung tersebut ke dalam kotak dan seterusnya dikurierkan ke zimbabwe. Walaupun zimbabwe bukan habitat asal zirafah berkenaan, penulis percaya jikalau menghantarnya pulang ke Jalan Bangsar sudah pasti beliau akan ditangkap oleh pihak berkuasa kerana memiliki binatang yang dijaga di bawah akta perlindungan hidupan liar. Jika didapati bersalah, penulis boleh dikenakan membuat 'homestay programme' di Zoo Negara.
Tiada alasan yang kukuh yang dapat penulis (dan sekali lagi, bukan nama sebenar beliau ye sedara sedari) simpulkan di sini melainkan tolong simpul tali pengikat zirafah ini yang dibekalkan secara percuma apabila anda membeli kotak berwarna coklat keluaran Pos Malaysia. Ya, saya seorang yang (tidak berapa) menyokong produk keluaran tempatan. Bukan kerana harga, pangkat dan darjat; tetapi kerana saya sendiri tak sengaja terbeli yang import. Di kesempatan ini saya ingin menasihatkan anda supaya jangan jadi macam saya.
Ok, akhirnya, misi tidak dapat dicapai. Terima kasih zirafah. Akan ku rinduimu. Jangan lupa kirim salam pada presiden zimbabwe bila kamu tiba di sana nanti.
Maria seorang anak yang lahir dalam sebuah keluarga yang kaya. Ayahnya selalu mengikut kehendaknya, apa jua yang dipinta pasti dibelikan.
Bayangkanlah, belum belajar peringkat universiti lagi, Maria sudah pakai barangan berjenama yang pastinya mahal. Pakaian "bawah" juga mahal. Bibiknya hampir-hampir dihantar pulang ke Indonesia kerana membuat percubaan mencuri pakaian dalam milik Maria dan ibunya. Tapi memandangkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan, bibik itu bebas dengan diikat menjadi pekerja tetap di rumahnya. Selepas kejadian itu juga bibik itu dipotong gajinya sebulan RM200. Bukan kerana denda, tetapi kerana dia pun teringin sama mahu pakai yang mahal-mahal.
Bila meningkat ke 17 tahun, Maria masuk kelas memandu. Belum sempat menduduki ujian memandu, ayahnya sudah membelikannya sebuah kereta Lotus Elise. Pasti anda semua juga cemburu pada Maria bukan? Jangan begitu. Enjoy lah cerita ini.
Kehidupan Maria sekeluarga memanglah sangat senang. Malah lebih senang dari Siti Nurhaliza. Belum sempat Siti Nurhaliza beli beg Louis Vuitton, si Maria terdahulu memilikinya. Bezanya Maria tidak pernah masuk tv bila membeli dan memakai LV, sebaliknya Siti pula yang dapat nama. Maria tak kisah...
Semakin dia membesar, semakin melawa lah si Maria. Pakaiannya, solekannya, dan buah hatinya. Kini Maria sudah cemerlang SPM. Tapi tidaklah secemerlang Nur Amalina. Dia cuma dapat 2A dan kepujian semua matapelajaran sahaja. Tapi tidak mengapa, ayahnya mahu menghantarnya menyambung pelajaran peringkat ijazah di UK. Betapa gembiranya Maria bukan kepalang lagi apabila mengetahui yang dia akan tinggal di UK.
Bab duit, perbelanjaan, tidak perlu dirisaukan. Yang penting Maria dapat belajar. Tetapi malang, dia tidak berbakat dalam belajar tinggi-tinggi. Dia kena tendang. Tapi dia malu untuk memberitahu keluarganya.
Sudah 2 tahun berlalu dan Maria duduk goyang kaki dan shopping saja di UK nun. Dan dia pun lupa nak balik Malaysia nak menziarahi keluarganya. Yang dia tahu ialah menghabiskan duit ayahnya sahaja.
Akhirnya dia bercadang untuk pulang menjenguk ayah dan ibunya. Dengan niat yang lain, dia ingin memberitahu hal sebenarnya yang dia sudah lama tidak belajar akibat tidak lulus peperiksaan lalu dibuang universiti.
Sesampainya di Malaysia, keluarganya menyambut mesra. Macam tiada apa-apa yang berlaku. Sudah menjadi kebiasaannya dulu kalau dia pulang dari melancong ke luar negara, dan bila disambut di lapangan terbang, mereka mesti ke restoran mewah untuk makan-makan dan berkongsi cerita.
Dan, kali ini Maria ingin buat macam itu juga. Tetapi, pelik jadinya. Jika dulu ayahnya membawa kereta Jaguar atau Lamborghini. Tetapi hari ini? dia mencari-cari kereta ayahnya. Ayahnya diam saja sambil mengheret bagasi ke sebuah kereta. Kereta Proton Saga lama.
"Aik..ayah, ni kereta sapa ni?" tanya Maria.
Ibunya geleng kepala saja. Ayahnya angguk, "Ya, inilah kereta ayah sekarang. Kenapa, Maria tak suka ye?"
Maria mencebik bibir. Faham sangat perangainya itu, bukannya suka naik kereta-kereta biasa ni. "Naiklah Maria. Ini saja yang ayah ada".
"Maria tak fahamlah ayah. Biasa ayah bawak kereta class-class. Maria ingat hari ni dapat naik Ferrari ke. Kan ayah cakap nak beli."
Ayahnya diam. Terus membawa ke sebuah warung di tepi jalan.
"Warung?? What type of ****** here?!" pekik Maria pada kedua orang tuanya.
Ibunya yang dari tadi diam tiba-tiba berkata,"Maria. Kamu patut bersyukur nak. Selama 2 tahun kami dah bohong Maria. Selepas kami hantar kamu pergi UK, kami jatuh muflis. Saham-saham ayah semuanya rugi. Hutang syarikat bertimbun-timbun, ada yang boleh bayar ada yang tak boleh bayar. Kereta-kereta mewah, termasuk kereta kamu, rumah semua kami jual. Bibik pun kami jual pada orang lain. Tapi harga bibik tak mahal sangat masih tak mampu langsaikan hutang-hutang yang ada."
"Kereta ni, kau patut bersyukur sebab atuk kamu yang pinjamkan kereta ni pada kita. Ibu dan ayah dah malu pada orang kampung. Kita dah tak mampu nak makan kat tempat mahal-mahal lagi nak". Tiba-tiba air mata ibunya mengalir deras. Sampai tertanggal bedak sejuk yang dipakainya.
Maria pantas bertanya,"Habis tu kenapa tak cakap? Selama ni duit yang ayah hantar kat Maria tu, duit ayah jugak ke? Kenapa ayah masih mampu tanggung Maria lagi?"
Ayahnya mengeluh. Kemudian baru menjawab,"Itu bukan duit ayah, Maria."
"Habis tu duit sapa?"
Ayahnya senyum tawar, sambil memandang Maria,"Itu duit Muthusamy. Nasib baik dia sanggup tolong kamu Maria."
"Ohh...nasib baik lah dia ada kan ayah." Maria tarik nafas lega. "Ha, ayah, ibu. Ni Maria nak bagitau ni, tapi Maria mohon jangan marah atas apa yang Maria nak cakapkan ni".
Ayahnya mengangguk. Begitu juga ibunya.
"Mm..Maria..Maria dah kene terminate dari universiti tu sebenarnya. Dah lama dah. lepas sem 3 hari tu, Maria tak dapat bawak. Maria kena quit. Maaf ayah, ibu, Maria bohong selama ni. Ni Maria balik ni sebab nak bagitau tu la."
Maria menunduk. Kesal barangkali.
Ayah dan ibunya saling berpandangan. Mereka berbalas senyuman. Dan kemudian bertukar dengan sedikit tawa.
Maria bingung. Pelik. "Apa yang kelakar??"
"Ohh..kalau macam tu, kami tak marah la Maria. Senanglah nanti kira jalan lah perjanjian tu ye bang?" tanya ibunya.
"Perjanjian apa pulak ni ibu?" tanya Maria, tidak faham-faham dari tadi.
Ayahnya pula menjawab,"Gini Maria, semasa kami mintak tolong dengan Muthusamy pasal nak tanggung Maria kat UK dulu kan, Muthusamy mintak kami tandatangan perjanjian."
"Apa perjanjian tu?" tanya Maria, sambil menelan liur.
"Perjanjian si Muthusamy tu buat, bila Maria dah habis belajar, dia memang kena dinikahi dengan Muthusamy sebagai membalas jasa dia tu. Lagipun dia sorang je yang sanggup tanggung Maria. Ayah dengan ibu setuju saja, tak peningkan kepala kami nak carikan jodoh untuk Maria lagi." sambil senyum ayahnya menjelaskan.
"Maria..Maria..??" Aik, pengsan dah?
Maria pengsan di situ juga. Terkejut sebab tidak menyangka akan kahwin dengan si Muthusamy yang dah separuh abad itu. Dan dia juga tidak menyangka akan berkahwin dengan orang bukan melayu. Tapi, tidak mengapa, Muthusamy kaya, dia mempunyai kilang muruku di Seremban. Jadi, hidup Maria tidak akan susah lagi seperti ayah dan ibunya.
Hai, anak duit. Mata duitan.
Dua orang lelaki gemuk sedang berjalan seiringan. Saya panggil dia lelaki doraemon kerana kegemukannya yang boleh mencapai 3*perpuluhan*79 meter radius. Kalau guna pita ukur saya mesti kena sambung dua atau tiga pita lagi.
Mereka masing-masing mempunyai kekasih. Jangan hairan dulu. Kekasih mereka ini terdiri daripada orang korporat dan anak orang ternama. Sayang sekali, kenapa mereka buta jiwa ye? Oh tidak, kerana mereka sangat mendambakan lelaki gemuk, buat bodyguard bila keluar membeli belah.
Dua orang lelaki gemuk suka bawa gambar kekasih imaginasi mereka bersama ke mana sahaja. Lelaki gemuk A bertanya kepada lelaki gemuk B, "weh, tenung awek ke? apa laa sangat ada pada dia tu yang kau rindu?"
Lelaki gemuk B menjawab, "rambutnya yang ikal mayang."
Lelaki gemuk A mengeluh, "kau buta. kau tak cuba tengok dengan teliti setiap helaian rambutnya?"
"Kenapa?", tanya lelaki gemuk B.
Jawab lelaki gemuk A, "rambutnya berkutu."
Lelaki B seraya membalas, "kalau begitu, apa pula yang ada pada dia yang kau rindu?"
Menjawab pertanyaan lelaki gemuk B dengan nada santun, "tahi lalat kat hidungnya."
"Ohhhh..kalau begitu kamu buta juga, itu bukan tahi lalat kau tahu. Itu sisa jerawatnya yang telah menjadi parut tapi tak hilang terus jadi pigmen hitam".
Semua diam dan terus menyimpan gambar kekasih mereka lalu berjalan pulang macam takde apa-apa.
Ramai kata cinta itu indah. Cinta indah sebab tiada ubat sehebat cinta, hati girang selalu. Cinta itu buta. Sebab cinta kadang-kadang tak kenal hati budi, tak kenal rupa paras, kasta atau warna kulit. Juga tidak kenal pangkat dan nama.
Tapi kadang-kadang cinta itu menyakitkan. Cuba tanya doktor, bolehkan cinta yang sakit ini diubati? cinta sakit boleh bertukar jadi cinta sakti tak?
Cinta perlu ambil ubat tak? Perlu beratur di kaunter dan perlu bayar duit perkhidmatan? Kalau ya, berapa dos sekali makan dan berapa kali sehari? Selepas makan atau sebelum makan atau bila perlu?
Jiwa luhur bisa gugup bila ada sebutan "MAAF".
Itukah ubatnya cinta sakit? Wah, mudahnya ! Tak macam buat pinjaman kereta !
Lelaki pandang perempuan, perempuan pandang lelaki. Ah, lelaki....biasanya suka pandang perempuan cantik, berdahi licin dan tonggeknya lebih. Ya kan?
Aku rasa hampir nak mencarut bila lelaki seperti ini ada di depan mata aku. Mahu aku sepak terajang alat sulitnya !
baru saya tahu kenapa judul lagu Enrique Iglesias - Do You Know (Ping Pong Song) ada nama ping pong song?
- rupa-rupanya lagu dia tu sendiri yang ada bunyi bola ping pong kena pukul dengan bat. hishhhhhhhhh
Bahasa Melayu adalah anak dara sunti suatu masa dulu. Ramai bahasa yang ingin mendekatinya, mengoratnya namun BM jual mahal. Kecantikan rupa parasnya membuatkan semua bahasa lain selalu gila bayang. Selalu tidur bermimpikan BM.
Bila BM lalu sahaja di depan bahasa asing, kesemua mata mereka terpegun. Ada yang makan ais krim sampai tak sedar tergigit jari, ada yang nak qada hajat sampai terbatal niat itu, bahkan ada yang sudah berpunya tapi mengaku masih bujang.
Agaknya siapakah gerangan pilihan hati BM itu agaknya? English? Tamil? Kantonis? Ah, mustahil...BM kata dia berselera ketimuran, yang penuh dengan adat resam. Ini kerana didikan yang kukuh daripada kedua orang tua BM. Maka lahirlah hasil yang paling cantik di dalam kelasnya yang tersendiri. BM unik. Maka itulah ramai yang tertawan dengannya, baik daripada gerak lakunya yang lemah gemalai, percakapan yang tersusun indah, hinggalah pada semangat rohaniahnya yang sangat mencintai Tuhannya.
Mana-mana bahasa yang ingin mendekati BM terpaksa berlakon untuk belajar BM, mempelajari adat resam, dan ada yang berkeluarga angkat dengan saudara-mara terdekat BM asalkan dapat melihat BM dari jarak dekat, seterusnya memiliki BM sebagai teman hidup untuk selamanya.
Tapi, BM juga tidak kuat iman rupanya. Dia telah dinodai. Bukan sahaja satu, malah berbagai bahasa. Jijik. Mula-mula dengar desas-desus BM rapat dengan English. Ya, itu sudah lama. Cerita kemudiannya, BM intim dengan Kantonis dan Hakka. Lanjutannya, BM bercinta dengan Tamil. Seterusnya dengan Arab. Seterusnya? ah, macam-macam lagi sampai tak tahu asal usul bahasa itu.
BM juga sudah mengalami kejutan budaya, bayangkanlah daripada menjadi sopan santun dan sangat suci, dia menjadi tidak ubah seperti bahasa-bahasa barat yang tidak beradat dan beradab. Perilakunya tidak lagi menjadi igauan bahasa-bahasa teruna mahupun duda lain. Namun, bila BM lalu depan mereka, mereka buat tidak peduli saja. Buat-buat tidak nampak. Ada juga yang terus lari seperti nampak hantu bila terjumpa BM. Tak kurang juga ada yang mencemuh, mencaci bila berselisihan dengan BM di tepi jalanan.
Kasihan. Hina sungguh. Dinoda dan ternoda. Bila sekali dia memulakan, memang susah untuk dihentikan. BM melalui hidupnya yang menuju kegelapan, gelap, malap dan semakin kelam. Ibubapanya juga sudah tiada.
Yang mengejutkan lagi apabila BM tidak pernah berkahwin. BM juga didapati mandul. Saya kurang pasti bahasa mana yang membuat pemeriksaan keatas kemandulan BM. Kesucian BM diragui kini.
Persoalan utama: Siapakah yang meragut kesucian BM? Tidak akan kumaafkan dia yang bertanggungjawab itu.
BM..BM...
Betullah pujangga Arab mengatakan, "Disebalik pujian, terselitnya hinaan"
BM, pulanglah ke pangkal jalan.
Saya kini punya obsesi aneh iaitu makan mi segera dua minit. Saya suka makan mi jenis begini bukan kerana mahu cepat, atau kepokaian, bukan juga sebab rasanya lebih sedap berbanding mi sup di RSU, tapi disebabkan "time consuming" atau dalam bahasa melayunya, err.. entah saya pun tidak tahu.
Mi segera ini menjanjikan siap masak selama dua minit. Tapi bila saya masak menggunakan dapur gas dengan nyalaan jingga, ianya lebih daripada dua minit. Apabila saya memasak mi yang sama jenisnya ini dengan dapur arang, tempoh masaknya adalah dalam lingkungan lima ke tujuh minit. Tapi, kalau saya memasak mi yang sama tadi kembali ke dapur gas, apa yang terhasil ialah sisa yang bakal menjadi santapan "tong kuning" di rumah saya. Menurut teori Sir Isaac Newton, mi segera ini akan kehilangan khasiatnya selepas memasak dalam tempoh yang melebihi daripada dua minit.
Saya telah membuat ujikaji terhadap teori beliau. Sampelnya, mi segera jenama yang tidak mempunyai muka bekas pelajar AF. Pertama, saya masak tepat-tepat dua minit, dengan nyalaan jingga juga. Saya makan sambil menggoyangkan badan (menurut sebuah salah satu iklan mi segera). Beberapa minit selepas itu saya rasa tiada apa-apa yang berlaku.
Justeru, saya teruskan ujian kedua. Masak mi melebihi dua minit, juga dengan jenis nyalaan yang sama. Tapi kali ini saya tidak menggoyangkan badan saya, sebab ia buat kuah mi itu masuk ke lubang hidung saya. Tambah-tambah lagi kalau mi perasa tomyam. Beberapa minit selepas itu, saya rasa kepala saya diketuk dengan kuali.
Panngggggg !!!!!!
"Oi, ko tak puasa yeeeee !. Dahla tak puasa, redah maggi sampai dua bungkus".
Oh, saya terlupa bahawa saya qada' puasa pada hari itu.
Teori Sir Isaac Newton memang ternyata hebat. Masak mi melebihi dua minit boleh menyebabkan saya bukan kehilangan khasiat, tetapi kehilangan pahala.
yikq91829 : berjalan
yeje723545484: eh adik main sorang-sorang ni tak takut ke?
hfyr06y96- : tapi dia jahat
hryr6589576 : sapa jahat?
hy4r90568 : zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
budak kecik pun tahu beza jahat baik. sigh.