3 posts tagged “tazkiratal yaum”
Saya memang menggemari nombor 229. Kebiasaan saya akan tidur pada jam 2.29pagi, nombor giliran di bank adalah 229, nombor tempat duduk dalam peperiksaan juga 229.
Tadi saya tergerak untuk mengetahui sedikit sebanyak surah/ayat suci al-Quran yang ada kaitan dengan nombor ini.
Pertama; Surah ke-22, ayat ke-9.
Surah al-Hajj,
"Dia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan agama Allah; dia akan beroleh kehinaan di dunia dan Kami akan merasakannya azab yang membakar pada hari kiamat kelak; "
Kedua; Surah ke-29, ayat ke-2.
Surah al-Ankabut,
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? "
Ketiga; Surah ke-2, ayat ke-29.
Surah al-Baqarah,
"Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." ۞4
Doa Malaikat Jibril A.S menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
- Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
- Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri;
- Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah S.A.W pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah S.A.W dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Subhanallah ! Bertuahnya kita ni umat Muhammad.
Kawan-kawan yang mengenali, sama-samalah kita memohon kemaafan.
Muazzin, tukang bang, Bilal, tukang azan. itu nama sinonimnya.
Peranan Muazzin ni sangat besar di mana dengan kelantangan suaranya menjemput saudara seagama pergi ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat fardhu secara berjemaah. Ini boleh mengutuhkan lagi ukhuwah sesama umat Islam yang semuanya berasal daripada satu induk yang sama, Nabi Adam A.S dan Siti Hawa A.S.
Dikatakan melalui suatu sumber, Muazzin ini adalah pembawa kunci pintu-pintu Syurga kelak. (betulkan saya kalau saya silap di sini).
Sejarah zaman dahulu, nama Bilal itu diambil bersempena dengan Muazzin pertama yang bernama Bilal bin Rabah. Mesti semua dah tahu cerita beliau yang diletakkan batu besar di dadanya oleh golongan kafir Quraisy tetapi dengan keimanan yang kuat beliau tetap menyebut,"Ahad..ahad.." yang bermakna (yang satu) iaitu Allah Azza wajalla. Dan diriwayatkan bahawa Bilal bin Rabah ini adalah ahli syurga. MasyaAllah, menjadi Muazzin boleh masuk syurga. senang bukan?
Menjadi Muazzin tidak semestinya seseorang itu harus mempunyai suara yang baik dan pitching yang sesuai seperti pelajar-pelajar Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Mentor, Gangstarz, Mystarz dan sebagainya. Difahamkan di zaman Bilal atau selepasnya ada seorang Muazzin yang memang sangat indah suaranya. Merdu suaranya bila azan. Namun beliau tidak masuk syurga. Ini kerana makna dalam azan itu tidak sempurna dan mungkin terlampau meng 'RNB' kan ia supaya konon sedap didengar dan dipuji hebat.
Ok, itu adalah kulit. Inilah isinya; terdengar semalam di sini, barangkali Muazzin dari Masjid Taman BBU ini, sudah ketahuan, zaman sekarang susah nak cari Muazzin muda yang sebaya anda yang membaca ini. Semua yang tua. Tapi yang tua pun ada yang ralat. Disebutnya, "Assyadu an Laa ilaaha illallah". sebutannya salah. bukan assyadu, tetapi "Ash- hadu an laa ilaaha illallah." Dalam bahasa Arab, Ash-hadu bermaksud saya nampak, (tapi lebih sesuai di sini adalah saya bersaksi). Root wordnya adalah, shahada, maksud, lihat. bila ditambah huruf Alif di hadapan kata perbuatan, Ash- hadu, atau kata asalnya ana ash-hadu, bermaksud saya bersaksi.
Mungkin perlu di"brain wash" para Muazzin ini. supaya sebutannya betul. Muazzin ni azan untuk mengkhabarkan waktu solat sudah tiba dan mengajak muslimin pergi menunaikan sembahyang kerana sembahyang adalah sebahagian daripada jalan menuju kejayaan. Tersilap satu perkataan/sebutan boleh mengundang kepada berdosa. Awas.
Wallahua'lam.